Movie Moana Si Pengembara Laut - adarain

Saturday, 26 November 2016

Movie Moana Si Pengembara Laut

Beberapa hari sebelum Moana keluar kat pawagam, Movie Upin Ipin Jeng Jeng terlebih dahulu berada di pawagam tapi saya tak berapa berminat sangat nak tengok upin dan ipin disebabkan campur aduk antara real dengan kartun. Saya lagi suka Movie upin ipin pengembaraan bermula dengan adanya watak baru.


Jadi saya decide tengok Moana yang katanya bakal hitz seperti movie animasi Frozen yang pernah popular sebelum ini.


Movie Moana



Sinopsis Moana


Moana merupakan anak ketua kampung yang teringin sangat nak ke laut untuk mengetahui apa yang ada di sana.


Pada suatu hari, laut telah memilih beliau untuk menyelamatkan pulau2x yang bakal berada dalam kegelapan akibat perbuatan Maui yang telah mencuri batu yang sebenarnya adalah jantung kepada Pulau Te Fiti atau dikenali sebagai Pulau dewi.


Sepanjang perjalanan beliau bersama Maui ke Te Fiti ada pelbagai rintangan yg perlu dilalui.



Review Moana


Cerita ini menggambarkan keberanian seorang perempuan yang telah diberi tanggungjawab untuk menyelamatkan rakyatnya dari kegelapan dan betapa cekal dan tabahnya untuk mempelajari suatu ilmu dari seorang yang pakar dalam mengembara di lautan yang luas.


Review dari variety.com mengatakan movie ini 'more than Tangled, more than Frozen. Tapi bagi saya movie ini still tak boleh lawan lagi dari animasi Frozen yang sampai sekarang masih diingati,


Walaupun saya kata tak boleh lawan Frozen tak bermakna cerita ni tak best, cerita ni best dan awesome dengan grafik persekitan alam semula jadi yang sangat cantik dan nampak real terutamanya laut dari permulaan sampai habis.


Tapi ada ada satu babak yang agak sedikit membosankan memandangkan cerita ini agak panjang iaitu 1 jam 53 minit dan babak2x yang lain memang korang tak kan bosan sebab ada aventure, kelakar dan lagu2xnya yang awesome.


Moana


Sebut pasal lagu, movie ini ada banyak lagu yang sangat sedap dan sampai sekarang masih terngiang2x dengan lagu kat youtube berulang2x kali, punyalah sedap lagu ni dan yang tak boleh expect the rock pun boleh nyanyi sedap plak tu siap rap skali.


Salah satu feveret lagu yang sedap ialah How Far I'll Go, You're Welcome (nyanyian The Rock) dan shiny. Lagu ini pun dikatakan bakal hitz seperti lagu Frozen.


Saya bagi 4/5 untuk movie ini.



 
Comments

7 komentar

kereen, emansipasi wanita banget iya kaan??

Nampak sangat saya ni dah lama tak tengok wayang
tak tahu langsung kewujudan filem ni..haha

Pada saya setakat ni Tangled paling best. sebab tak tgk lagi Moana. hehe

anak-anak akak mungkin suka tengok kartun ni. Nak try la tengok nanti :)

tak tahu langsung kewujudan cerita nih, macam best gak.

Film itu sangat menghibur lho... film animasi paling jios... walaupun film baru...

belum tengok lagi.. tapi adik saya kata biasa je.. so, tunggu versi BDRip untuk download la.. dasar pirate.. hehehehe


EmoticonEmoticon