√ Kisah Benar Kapal Terbang Mendarat Cemas di Sungai Hudson - Adarain

Kisah Benar Kapal Terbang Mendarat Cemas di Sungai Hudson

Beberapa hari yang lepas sempat tengok movie Sully yang diadaptasi dari kisah benar kapal terbang mendarat cemas di sungai Hudson ekoran kegagalan enjin yang gagal berfungsi akibat terlanggar sekumpulan burung.

Ini adalah kisah benar yang berlaku pada tahun 2009 dan semua penumpang termasuk anak kapal selamat walaupun mendarat cemas di atas air.

Tragedi Mendarat Cemas di Sungai Hudson


Pada 15 Januari 2009, Kapten Sullenberger adalah juruterbang untuk kapal Terbang A320 Airbus dari Lapangan Terbang LaGuardia di New York ke Lapangan Terbang Antarabangsa Douglas Charlotte di Charlotte, North Carolina.

Tidak lama selepas berlepas, Sullenberger telah melaporkan kepada kawalan trafik udara bahawa pesawat telah melanggar sekumpulan burung dan telah menyebabkan kedua-dua enjin pesawat tidak berfungsi dengan baik.

Beberapa penumpang melihat enjin kiri terbakar.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Semasa berkomunikasi dengan kawalan trafik udara, kemungkinan sama ada kembali ke lapangan terbang LaGuardia atau cuba untuk mendarat di Lapangan Terbang Teterboro di New Jersey belum diputuskan. Walau bagaimanapun, Sullenberger dengan pantas memutuskan bahawa dia tidak mempunyai masa dan membuat keputusan yang pantas untuk mendarat di atas air iaitu di sungai Hudson sebagai pilihan yang ada.

Sullenberger memaklumkan kepada penumpang "brace for impact," kemudian terus memandu kapal terbang untuk membuat pendaratan cemas di Sungai Hudson pada kira-kira 15:31.

Semua penumpang dan anak kapal terselamat.

Beliau kemudian berkata, "Situasi ini sangat tenang sebagai satu kumpulan dengan pembantu juruterbang [Jeff Skiles] bersama saya.

Sullenberger orang yang terakhir meninggalkan pesawat, dia berjalan ke arah kabin penumpang dua kali untuk memastikan semua orang telah dipindahkan keluar sebelum mendapatkan semula buku log penyelenggaraan pesawat dan gelongsor keluar dari pesawat.

Beliau kemudian ingin mengetahui maklumat sama ada semua 155 orang di atas kapal (150 penumpang dan lima anak kapal) masih hidup. Maklumat ini mengambil masa beberapa jam untuk memastikan kesemua anak kapal dan penumpang semuanya selamat.


Siapakah Kapten Sullenberger?


Sullenberger digambarkan oleh rakan-rakan sebagai "pemalu dan berat mulut," terkenal dengan sikap tenang dalam menghadapi masalah. Datuk Bandar New York Michael Bloomberg, telah menggelarkan beliau sebagai "Captain Cool."

Walau bagaimanapun, Sullenberger mengakui bahawa dia telah mengalami beberapa tanda-tanda gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) untuk 2 (dua) minggu berikutan kemalangan tersebut termasuk tidak dapat tidur dan selalu teringat kemalangan lepas

Walaupun keadaan ini telah bertambah baik di akhir Februari 2009, semasa dalam temu bual CBS 60 Minutes, beliau mengatakan bahawa detik-detik sebelum pendaratan kecemasan di air adalah " yang paling teruk, terasa perut memulas, terasa jatuh atas lantai" yang pernah dialaminya.

Kapten Sullenberger dalam Perbicaraan


Sullenberger memberi keterangan dalam perbicaraan di hadapan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, di mana tindakan beliau semasa Penerbangan 1549 telah disiasat dengan pelbagai hujah di mana dia mungkin dapat kembali untuk membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang LaGuardia dan bukannya di Sungai Hudson.

Sullenberger menegaskan bahawa tidak ada masa untuk melaksanakan gerakan yang diperlukan untuk kembali ke lapangan terbang. Jika dia melakukannya untuk kembali ke lapangan terbang, ini akan membunuh semua orang di dalam kapal terbang dan banyak lagi di atas tanah.

NTSB ( National Transportation Safety Board) akhirnya memutuskan bahawa Sullenberger membuat keputusan yang betul dengan membuat pendaratan cemas di Sungai Hudosn.

Pertimbangan oleh Panel NTSB adalah berikutan kegagalan dwi-enjin dalam senarai semak untuk Airbus A320 yang telah kehilangan kuasa pada ketinggian yang lebih tinggi, apabila juruterbang mempunyai lebih banyak masa untuk menangani keadaan dan walaupun simulasi menunjukkan bahawa Penerbangan 1549 hampir mungkin berjaya kembali ke Lapangan terbang LaGuardia, senario ini memerlukan Sullenberger untuk membuat keputusan dengan segera sama ada singat atau tidak ada masa untuk menilai situasi

Get notifications from this blog

4 comments

  1. trauma juga pilot jadinya dalam saat2 kecemasan ini walaupun beliau seorang yang berkemahiran. tapi kiranya jiwa beliau kuat dan dapat hadapi dengan tenang

    ReplyDelete
  2. KAdangkala tindakan kapten tu banyak berdasarkan pengalaman penerbangan dan instinct nya. Memang awesome sgt mendarat di Sungai..huhu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah semua selamat

    tapi tak perlu bicara kot. syabas kapten ;)

    ReplyDelete