√ Speaker Logitech X300 Wireless Terbaik - Adarain

Speaker Logitech X300 Wireless Terbaik

Kalau sebelum ini pernah cerita pasal speaker untuk komputer iaitu speaker VS2621. Kali ini nak cerita pasal Speaker Logitech X300 Wireless Stereo.


Maaf gambar tiada atas kesilapan teknikal

Beberapa hari yang ada lepas ada survey untuk beli speaker wireless senang nak bawa ke mana-mana masa tu terpikat dengan Logitech X50, pastu terminat dengan X100 plak.. Dia punya sound memang the best.. beli kat kedai memang mahal alang2x beli kat Lazada la kot2x ada diskaun n lagi murah.


Masa nak pilih Speaker X100 sekali habis pula stok, nak beli lain pula harga agak mahal walaupun brand sama. Kat lazada ni berlainan harga pandai2x la korang cari yang murah so dapatlah yang paling murah RM164 ni. Bila fikir alang2x baik ambil x300 terus harga pun tak de sampai mencecah RM200 siap dapat diskaun lagi dapatlah RM150 ke bawah. Harga asal masa tengok RM164.


Kelebihan Speaker Logitech X300


Dalam kotak speaker ni korang just dapat Speaker Logitech X300, cable caj dan kertas tutorial dan info tentang speaker ini.


Apa yang bestnya speaker logitech X300 dari X100 dan X50 adalah dari segi design yang agak besar tapi sedap dipegang kemudian dengan soundnya clear dan clean kira korang puas hati dengar. Kalau pasang memang bergema satu bilik.


X300 juga tersedia ada microphone berbanding x100 dan x50 yang tidak ada. So, korang boleh la karaoke dan call orang. Bila karaoke dan dengar balik suara pun ok. haha.


Kalau tengok review dari mat saleh mostly bagi bintang 4/5 dan ada yang pengguna bg review x300 ni tahan dah guna 1 tahun lebih.


Cuma kekurangannya ialah speaker ni boleh tahan 5 jam sahaja. Lebih dari 5 jam korang kenalah caj.



Cara Penggunaan


Cara penggunaan sangat mudah ada tutorial kat kertas yang ajar korang macam mana nak gunakan speakers ni. Just klik button bluetooth 3 saat kemudian lepaskan pastu pair la dan korang boleh dengar lagu apa yang korang suka.


===


So, sesiapa yang sedang mencari wireless speakers dengan harga mampu milik dan berkualiti boleh try speaker ni.


Nak lagi bagus boleh try UE Boom Logitech Speaker dengan harga dia dari RM500-RM1000 tapi sound mantap, water-proof dan sound dia 360 darjah. Masa tu ada membe pakai speaker Ue Boom sekali dengar terus terpikat dengan soundnya tapi bajet tak mampu. X300 pun dah kira ok.


 

Get notifications from this blog

10 comments

  1. Wahhh best tu, dapat harga murah

    ReplyDelete
  2. saya ada x100.. boleh tahan jgk bunyinya

    ReplyDelete
  3. wah enak banget yaak... bsa buat hiking nih

    ReplyDelete
  4. wah enak banget yaak... bsa buat hiking nih

    ReplyDelete
  5. kan.. hehe. kecik2x tapi sound power.

    ReplyDelete
  6. guna speaker zaman purba.

    masih elok lagi.

    haha

    ReplyDelete
  7. Posting ini sangat berguna. Terima kasih
    https://cloodjo.com/best-powered-stage-monitors-top-10-reviews

    ReplyDelete