√ Ahmad Lim Black Pancake Bangi - Adarain

Ahmad Lim Black Pancake Bangi

Ahmad Lim Black Pancake - Masa datang Kedai makan kelisa sambil order makanan ternampak sebelah kedai makan ada beberapa gerai kecil berderet dan salah satu deretan tu penuh dengan orang yang  sedang beratur untuk order.

Tengok punya tengok rupanya dorang beratur nak makan Ahmad Lim Black Pancake.

Tetiba terdetik nak rasa juga tengok dorang sanggup beratur panjang nak tahu juga apa yang bestnya pancake ahmad lim ni tapi bukan hari ni, next time.

====

Next day, bila saya datang nasib baik tak ada orang beratur panjang just tinggal order cuma kena tunggu lama lebih kurang 20 minit. Takpe nak try punya pasal tunggu je lah..

Bila tengok cara dorang buat tu macam lebih kurang sama dengan apam balik n ramai yang kata ni apam balik versi hipster. hahaha. sebab ada penambahan top perasa macam peanut, nutella, cheese. butter dll.

Ini antara menu yang dorang ada..

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Apa Yang Sedapnya Ahmad Lim Black Pancake?


Saya order Nutella Pancake harga RM30. Bila dah siap apa lagi bawa balik ngap makan. Dia punya bungkusan macam bungkusan ala2x pizza @ domino. Besar pancake pun sama besar macam pizza. Cukup untuk korang makan 4 orang.


Bila dah try makan tu dia punya manis tu boleh sakit gigi oiiii..haha. teramat manis dengan lapisan coklat nutella yang banyak kemudian pancake pula saya amik koko lagilah bertambah manis patutnya ambil yang biasa je. Ada 2 pilihan sama ada korang nak pancake tu koko atau biasa. Nasib order Pancake Nutelle je, kalau order nutella cheese...hmmm

Makan 4 yang dah dipotong kecil pun dah kenyang plus muak dah nak makan lagi...

Tapi serius memang sangat sedappp cuma memang tak boleh makan selalulah boleh kencing manis. hahaha.

So, sesiapa yang nak try rasa tu boleh la try order pancake ni.

Yang duduk kat Bangi boleh cari gerai kat sini

Bersebelahan Restoran Kelisa (Gerai Kecil)
Jalan Medan PB 1A, Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi

Waktu Operasi:

Rabu - Isnin , 3pm - 10pm
Selasa (TUTUP)

Get notifications from this blog

8 comments

  1. kalau ramai yang beratur tu mesti sedap kan

    ReplyDelete
  2. Macam sedap je lempeng kat situ ye

    ReplyDelete
  3. Ramainya org beratur tu nak pegilah..

    ReplyDelete
  4. memang sedap tapi tak boleh selalu makanlah sbb muak. hehe

    ReplyDelete
  5. ramai orang tuh mesti sedap

    ReplyDelete
  6. wow! menarik innovasi dia. nak kena ke bangi try gak ni

    ReplyDelete
  7. dah la tempat aku sekarang ni tgh banjir..dapat mkn pancake pon sedap hujan2 ni..haha

    ReplyDelete