Tak try mana nak tahu kan.
The Caravan Cafe Bangi
Caravan cafe ni kalau tengok dari segi dalaman memang simple dan hiasan yang ada pun menarik dan korang bolehlah bergambar di dinding yang telah dihiaskan. Cuma ruang agak sedikit kecil.
[caption id="attachment_6188" align="aligncenter" width="720"] sumber dari Facabook TheCaravanCafe[/caption]
Kebetulan masa saya datang hujung minggu, ada event tak taulah event apa tapi mungkin event hari jadi family jadi bertambah sempit dengan kehadiran family tersebut dengan customer lain yang semakin ramai tapi tiada tempat duduk.
Menu Caravan Cafe Bangi
Cafe ini lebih kepada kepelbagaian kek sebagai juadah utama seperti kek popular dorang kek Pandan Gula Melaka, Kek Mangoo Cheese, Kek Devil Food Chocolate, Victoria Sandwich dan banyak lagi.
Menu yang lain pun pun turut disediakan ada macam chicken butter, pasta, dan banyak lagi.
Ini yang saya order iaitu chicken butter.
[caption id="attachment_6191" align="aligncenter" width="720"] Nasi Ayam Butter[/caption]
Air pula saya saya order Honey Lemon Tea.
So far, makanan memang sedap dan air pun ok kira ok. Kemudian member saya order Beer Harry Potter tak silap tapi Non-Alkohol la harga dalam RM12 kalau tak silap.
Boleh tahan sedap juga minumannya. Tak tau nak explain macam mana rasanya sbb tu korang kena minum sendiri rasanya bagaimana dan gerenti memang sedap kalau ikut taste saya kena dengan tekak.
Harga total saya makan minum semua dalam RM17. Boleh la kan nak makan sekali lepas ni next time nak rasa kek pula kot2x sedap mana tau kalau ada rezeki.
Lokasi Caravan Cafe
Alamatnya - 15-G-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Landmark berhadapan dengan bangunan Paragon Point 2 dan kedai sebaris dengan Pots Cafe, Kopitiam.
6 Comments
Nampak sedap nasi Ayam Butter tu.. bolehlah cuba makan dekat sana...
Wah chicken butter , nampak menyelerakan :)
gambar dari ko bila bab makan ni..jarang mengecewakan aku.
hoho
best2 belaka nampak, aihh kena cuba nih
nampak menyelerakan sekali.
boleh cuba kalau turun bangi nanti.
Owh.. kat seksyen 9. Boleh nak try makan sini pulak nanti. :-)