√ Naik Menyampah Dengan Ejen Takaful Yang Selalu Menyindir - Adarain

Naik Menyampah Dengan Ejen Takaful Yang Selalu Menyindir

Saya suka posting dari rakan facebook berkenaan dengan Hard selling ejen Takaful. Sebab ianya juga berlaku pada saya sendiri di-mana saya juga ada rakan facebook yang menjual takaful dan kadang2x dia punya cara jualan dengan menyindir agak keterlaluan.

Saya tahu tentang kepentingan Takaful memandangkan kos Hospital pun semakin tinggi dan melihat kewangan saya yang stabil terus saya ambil takaful.

Berikut adalah kenyataan dari Kamarul Ariffin

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Hard Selling Ejen Takaful Dengan Sindiran


Ada ramai ejen insurans dalam friendlist aku, dan ramai juga yang aku follow.

Maaf saya jika saya berterus terang.

Saya cenderung untuk unfollow ejen insurans yang amalkan hard selling di FB mereka. Terutamanya yang gunakan kaedah sindiran keras ketika mempromosi.

"Jangan dah sakit baru nak merangkak cari ejen"

Kalau aku jadi prospek, aku pun menyampah nak dengar apa-apa tentang polisi yang kau tawarkan kalau kau asyik nak singgung perasaan aku.

Misal kata tiba-tiba terbuka hati aku nak beli polisi syarikat kau, aku takkan beli dari kau. Aku beli dari ejen lain.

Lebih baik di FB, kau bina network. Kongsi ilmu pengurusan risiko ke, belanjawan ke, tip selenggara kenderaan ke, apa-apa je lah yang sipi-sipi berkaitan insurans. Barulah pos kau orang baca. Baru orang share.

Kalau hard sell jaja cerita prospek menyesal tak beli polisi selepas dapat kecelakaan, saya rasa ramai yang tak share cerita tu.

Kalau tak ada orang share pos kau. Pos kau pasal prospek menyesal tu, balik-balik kawan-kawan dalam friendlist kau je baca. Muntah hijau dia orang baca cerita cliche macam tu berulang kali.

Lama-lama naik menyampah.

Aku bukan anti insurans. Aku pun beli polisi insurans walaupun aku penjawat awam. Anak bini aku pun ada polisi insurans. Aku rasa semua orang perlu ada insurans yang bersesuaian dengan risiko mereka.

Kau orang kena pikat, bukan jerat.

Maaf sekali lagi.

Get notifications from this blog

10 comments

  1. Dunia pekerjaan insurans sebaiknya perlukan banyak kemahiran komunikasi untuk lebih berkesan.

    ReplyDelete
  2. betul gak tu, kena mahir komunikasi lagi berkesan

    ReplyDelete
  3. perlukan kemahiran kominunikasi dan mengatur ayat memikat tanpa menyinggung perasaan prospek

    ReplyDelete
  4. Yang pro bijak memikat, yang baru nak mula terkulat-kulat.

    ReplyDelete
  5. Memang menyampah pun dengan ejen insurans ni.. hahahaha.. :-)

    ReplyDelete
  6. aku paling tak suka bila depa tulis..

    aku jadi ejen takaful ni bukan nak duit, tapi nak tolong orang.

    ..

    ...

    statement ni..bila aku balas komen balik, duit komisen yang ko dapat dari takaful atau insurans tu..bagi kat aku boleh tak?

    semua pakat diam.

    huh..

    sabaq aje la.

    ReplyDelete
  7. Pada saya 'asuhan' ejen itu sendiri antara puncanya. Biasanya ejen-ejen ini akan belajar dari 'sipu' mereka. Ayat itulah yang diulang kepada potential customer.

    Tapi ada yang baik dan bagus. Ejen yang betul-betul kenal produk mereka. Mana takaful tak de kelamahan.

    Saya pernah jumpa ejen yang terus terang beritahu apa kelemahan skim dia.

    Takaful ni bukan benda buruk, tetapi tak semua sama, ikut keperluan dan skimnya. Ada orang sesuai A ada orang sesuai B.

    Ada orang boleh manage time kecemasan tanpa takaful sebab dia memang bersedia.

    ReplyDelete
  8. Sometimes kena berhikmah bila nak buat hard sales ni, better buat soft sales lagi baik, cerita-cerita pengalaman nak elak sakit ke apa ke, if dok sindir2 ramai yang menyampah, semua orang tahu, kadang sebab kekangan kewangan itu ini, tak dpt sign up lg.

    ReplyDelete
  9. Aku pun menyampah jugak dengan ejen yang macam ni. Bukan setakat ejen insurans/takaful je. Semua jenis ejen yang guna pendekatan sindir sampai tahap menghina aku tak suka. Tak kiralah dia jual karipap ke, simkad ke, produk pelaburan, emas dan apa-apa lagi.

    Sekali dia dah lukakan hati dan perasaan aku, memang aku banned dia dari hidup aku. Kalau satu hari aku terbukak hati nak beli produk dari company yang dia promosikan tu, aku lagi sanggup cari orang lain dari berurusan dengan dia. Ha ha

    ReplyDelete
  10. setuju bro dgn ayat last hang
    kna pikat bukan jerat,, :)

    ReplyDelete