√ Santai di Orked Lavender Cafe Bangi - Adarain

Santai di Orked Lavender Cafe Bangi

Orked Lavender Cafe - Kafe ni dekat je dengan tempat kerja dan baru je buka kalau tak silap bulan Disember 2016. Bila dah siap je kafe ni memang kenalah terjah kafe sebab alang dah dekat.


Apa yang bestnya kat Orked Lavender Kafe? yang bestnya adalah dalaman kafe ni memang cantik n menarik ala2x macam makan kat lobi hotel mewah. Kalau nak meeting ke dating ke memang eloklah sesuai makan kat kafe ni.



Menu Orked Lavender Cafe


Sebut pasal kafe ni apa yang aku expect mestilah ada sajikan makanan barat macam spaghtetti n mungkin ada sedikit tambahan menu steak kemudian selingan kudapan or english kata appetizer last skli ada menu melayu yang special.


Tapi kafe ni tak, mmg lain dari yang lain ataupun masa aku pergi masih baru lagi, jadi menu mungkin belum ada penambahan lagi.


Time aku pergi menu yang ada macam korang makan petang santai2x dengan waffle, karipap di tambah pula dengan Nasi Dagang dan Laksa Johor.


Cumanya yang buat aku tertarik siap order lagi iaitu minumannya yg agak special lagi bertambah kalori kt badan korang iaitu Valcano Milkshake Chocolate Brownies kalau tak silap aku lah namanya macam tu. Siap ada kek semua biskut lagi.. memang meleleh la tengok.


tu je yang aku order. :D


Harga ni pun dah buat ak 'menangis' sebab harga minuman ni je boleh makan nasi campur 2 kali. Sekali sekala nak try minuman ni apa salahnya sebab sebelum ni tengok orang dok share je minuman lebih kurang mcm ni dulu kat melaka. Tu yg ada kat depan mata ni terus order.


Harga lebih kurang RM22 ke atas mcm tu la. tak ingat sangat tapi atas RM20.




[caption id="attachment_6330" align="aligncenter" width="720"]Valcano Milkshake Chocolate Brownies slurpp...yummy[/caption]

 

[caption id="attachment_6331" align="aligncenter" width="375"]Orked Lavender Cafe amcam? meleleh tak tengok?[/caption]

Rasanya dah tentulah sangat3x sedap. Minum sambil makan kek kat dalam cawan tu. :D


Member pula order Laksa Johor dengan te'o english breakfast disajikan dengan teko so boleh minum sekali teo dia punya. Laksa johor memang lain dari laksa negeri lain  sebab guna mee spaghetti, orang johor macam ak mesti tau. Total harga membe aku makan minum ni lebih kurang harga mcm aku minum tadi.


Siapa yang nak jln2x cari makan tu boleh pg kafe ni. Alamat ada kat bawah ni.




[caption id="attachment_6335" align="aligncenter" width="720"]Orked Lavender sumber gambar dari https://www.facebook.com/orkedlavenderkafe/[/caption]

 

 

 

Get notifications from this blog

3 comments

  1. Perghhh.. rasa meleleh air liur tengokValcano Milkshake Chocolate Brownies ni... hehehe...

    ReplyDelete
  2. air valcano tu sampai meleleh kan, camne la nak makan tuh.

    ReplyDelete
  3. Fuhh...meleleh pula tengok air tu...aihh...ni nak kena try ni nanti...haha

    ReplyDelete