Sunday, 8 January 2017

Tak ada Beg Plastik dan Polisterin di Selangor Tahun ini

[caption id="attachment_6349" align="aligncenter" width="720"]Tak ada plastik bag sumber gambar dari maypalo.com[/caption]

Serius aku baru tahu berita ni lebih kurang beberapa hari yang lalu.


Bila peniaga tanya aku nak plastik tak? Kalau nak plastik, kena bayar Rm 0.20, aku pun dah mula pelik sebab yelakan hari biasa kot bukannya hari sabtu tetiba kena bayar 20 sen plak. Ak cakap la tak payah..


Then aku ada baca berita kat facebook yg kata Selangor dah tak ada penggunaan beg plastik dan polisterin bermula tahun 2017.


Baru la tahu Selangor dah tak guna plastik2x semua ni bermula tahun ini.


Ini satu petanda yang bagus walaupun tak semua orang tahu pasal berita ni lagi yang dah diumumkan awal lagi dari tahun lepas.



Larangan Beg Plastik dan Polisterin Bukan Benda Baru


Benda ni pun bukan satu benda baru sebab ada negara lain mcm US dah tak gunakan plastik sejak dulu lagi masa time kita kecil lagi, Eropah lagi la dah 30 tahun dah tak guna beg plastik.


Dorang bila bershopping just guna beg kertas. Kalau korang tengok movie english mesti ada babak dorang shopping pastu kena angkat barang yg dibeli dgn beg kertas je takde plastik pun.



Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, keputusan terbabit selaras komitmen menjadikan negeri itu sebagai peneraju karbon rendah di Malaysia.

“Antara garis panduan yang perlu dipatuhi semua PBT melalui pekeililing ini adalah pelaksnaaan pengurangan beg plastik dan larangan penggunaan polisterin.

“Semua beg plastik tidak dibenarkan untuk diberi secara percuma serta menghentikan penggunaan bekas makanan dan polisterin di semua premis kerajaan juga majlis rasmi Kerajaan Negeri,” katanya.

 

Tapi boleh guna ‘biodegrable bag’ bagi tujuan bungkusan makanan dan perniagaan sebagai alternatif kepada larangan penggunaan plastik juga polisterin. Produk ini jenis mesra alam dan bermanfaat.


Selepas ini mgkin berkuranglah isu tersumbat kt longkang & banjir akibat lambakan plastik, kurang pembakaran plastik dri kimia yg beracun, takde haiwan lagi tercekik makan plastik, keseburan tanah meningkat dan kesihatan pun terjamin.


Diharap usaha ini menjadi contoh kepada negeri2x yang lain. Alang2x dah buat sabtu je apa kata tukar setiap hari plak. :D

 

Dipuji tak terbang, Dihina tak tumbang. Pasti bangkit!

10 comments:

  1. Haah kan...
    Baru sedar minggu lepas, semasa singgah di sebuah stesyen minyak...
    Beli otak2 10 ketul.. tapi tak di bungkus dgn beg plastik...
    Sudahnya saya terpaksa,bawa otak2 tu ke kereta sambil dukung anak... huhuhu

    ReplyDelete
  2. baru sedar gak pasal ni. lepas ni kena bawa selalu beg utk shopping

    ReplyDelete
  3. kalau bawak beg sendiri boleh lah jimat dan kurangkan pencemaran

    ReplyDelete
  4. yeah! moga negeri negeri lain pun ikut sama dalam kempen ini

    ReplyDelete
  5. kena standy bag sendiri lepas ni

    ReplyDelete
  6. di sebalik kepayahan nak kena bawak beg sendiri nak angkut barang... sometimes bila terfikir balik.. memang bagus untuk generasi mendatang dan alam sekitar

    ReplyDelete
  7. Baru tahu kisah ni, lepas p belanja barang kat speedmart..

    Kat kantin opis pun dah kenakan cas satu bekas plastik 50sen tau.. adehh

    Pasni shopping bawa tupperware sendiri..

    ReplyDelete
  8. Baguslah negeri Selangor dah mula buat macam ni...nak shopping bawa beg shopping sendiri...kurangkan guna plastik...mula2 memang tak biasa....lama2 nanti biasa la tu...hehe

    ReplyDelete
  9. standby paperbag dlm kereta lepas ni..

    ReplyDelete
  10. saya pernah terbaca yang biodegradable plastik ni ada keburukan juga...salah satunya plastik akan terurai dan menjadi bentuk lebih kecil atau mikro plastik yang lebih bahaya kerana kebanykkan haiwan di lautan atau burung akan memakan bahan ini...

    jika sampah besar kita boleh tapis...tp mikroplastik?..

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon