Layan Drama Series The 100 - adarain

Wednesday, 15 February 2017

Layan Drama Series The 100

The 100 - The Vampire Diaries dah nak habis dengan season 8 terakhir so kena lah cari drama bersiri lain selain The Game Of Throne.


So, terjumpalah satu drama yang best tajuknya simple je iaitu The 100.


The 100



Sinopsis Drama series The 100


Drama sains feksyen ini mengisahkan 97 tahun selepas berlakunya letupan nuklear di bumi yang hampir mengorbankan hampir seluruh penduduk bumi namun sebahagiannya ada yang berjaya survive dengan tinggal di stesen angkasa seramai 2500 orang.


Tetapi tahun demi tahun stesen angkasa lepas kekurangan oksigen dan perlu mengorbankan penduduk di stesen angkasa. Mereka yg didapati bersalah akan dibuang dari angkasa lepas.


Seramai 100 orang tahanan juvana yang masih remaja telah dibuang ke bumi. 100 orang yang telah sampai selamat ke bumi dan hidup dengan aman apabila tiada udara yang berbahaya.


Namun konflik bertambah apabila ada juga 2 penduduk disitu yang digelar sebagai grounders yang sebahagiannya ada yg makan orang dan mount whether yang tinggal di bawah gunung di mana mereka terlebih dahulu mencipta tempat tinggal dibawah gunung sebelum nuklear meletus di seluruh dunia, mereka yang bersalah akan dihalau keluar yg akan menyebabkan kulit terbakar dan mati.


The 100 terpaksa berhadapan dengan grounders terutamanya mount whether yg mempunyai sifat terlalu pentingkan diri sendiri.


Season ketiga, heroin clark terpaksa berhadapan dengan hologram ALIE yang merupakan penyebab terletusnya nuklear. ALIE akan memberi satu pil yang dicipta khas untuk memanipulasikan orang ramai dengan mendakwa mereka tidak akan merasa sakit lagi dan akan dibawa ke satu tempat iaitu the city of light. Mereka yang makan pil tersebut akan di 'control' oleh alie tersebut.




[caption id="attachment_6542" align="aligncenter" width="720"]The 100 The 100 siri keempat[/caption]

Season keempat masih berjalan sekarang, Clarke berjaya mengalahkan ALIE tapi ada satu benda yg belum selesai iaitu nuklear alie yang akan meletus 6 bulan dari sekarang. Jadi clark bersama team2xnya berusaha untuk mengelak perkara dulu berulang kembali. Bagaimana tu kena lah tengok..



Review The 100


Seriously, season 1 agak slow tapi bila masuk season kedua dah mula banyak episode yang best. Sejak tu aku dah mula addicted nak tengok cerita ni dengan semua season secara online. Season 2 dengan 3 memang best! Momentum season setiap season, konflik berkembang dengan baik dan masuk akal.


Cuma yang tak bestnya ada unsur LGBT yang diterapkan dalam drama ini. Mujur tak ada adegan katil yang terlampau banyak.. dalam 16 episode hanya 1 episode je yang ada adegan macam tu..


Kira ok la, Means cerita ni dorang lebih fokus macam mana konfliks dorang untuk survive dengan bermacam2x puak pastu tambah masalah plak dengan nuklear.


Time lapang boleh la aku tengok cerita ni tak de ar aku mengadap memanjang cerita korea.

Comments

12 komentar

Best juga drama the 100 ni yer...
Ada masa boleh layan ni...

film yang di luar logika menjadikan seru untuk di tonton

Berat cerita nie. Kami suka yang ringan ringan.

haha, memang berat cerita ni..

berat dan ada unsur tak best tu, terus jadi tak minat nak tengok

tulaa, macam berat sangat jee cerita macam ni nak tengok tp mungkin best la kalau minat

Aku layan jugak cerita ni. Tengah tunggu season yang baru tu nak muncul kat iflix. Jalan cerita dia best. Season 1 memang nampak slow sikit, tapi masuk season dua dan seterusnya, jalan cerita makin best dan kualiti cinematography pun makin cantik.

Yang tak bestnya, ada unsur LGBT dalam ni. Yang aku perasan, tv series yang baru-baru ni, banyak yang ada unsur LGBT. Teen Wolf pun ada sikit diselitkan. Vampire Diaries pun sama, ada jugak unsur tu. Kalau tengok The Originals pun ada jugak unsur tu. Dah macam satu kemestian pulak.

Harap-harap Supernaturals jangan duk gatal nak masuk unsur LGBT.

Kalau fokus pada jalan cerita dan lakonan, cerita ni memang best dan boleh layan la.

aah betul. memang kebanyakkan drama dah diterapkan unsur LGBt sebagai tanda sokongan... tu yg tak best... jaln cerita dah bestt..


EmoticonEmoticon