Movie Power Rangers 2017 Menghampakan Ke? - adarain

Sunday, 26 March 2017

Movie Power Rangers 2017 Menghampakan Ke?

Power Rangers siapa yang tak kenal dengan team ni. Dulu zaman ak masa kecik2x sangat famous cerita ni dengan pelbagai aksi pastu ada kesinambungan power rangers yang pelbagai versi. Kemudian power rangers dulu dan baru bergabung menyerang musuh. Sungguh memori.



Jalan Cerita Power Rangers 2017


Mengisahkan 5 orang remaja yang terjumpa lima batu syiling di kawasan pelombongan emas. Batu syiling sentiasa menyala dan menyebabkan dorang rasa kuat dan terjumpa satu tempat misteri yang merupakan persembunyian Zordon bersama Alpha yang sudah lama berada di situ berjuta tahun lamanya.


So dorang ni berjaya ke menukar custome dan menewaskan Rita? Mestilah berjaya tapi macam mana tu kena tengok sendiri. Spoiler plak kan. hahhaa



Betul ke Movie Power Rangers 2017 menghampakan


Sudah semestinya expectation aku tinggi dalam movie ini dan ternyata tidaklah terlalu menghampakan kerana satu pembaharuan yang telah dilakukan dalam movie power rangers versi 2017.


Terutamanya dari segi bagaimana mereka yang menukar costume power rangers yang mengambil masa untuk mereka menukar kerana perlu mengenal setiap seorang dalam kumpulan..


Movie Power Rangers 2017 Menghampakan Ke


Costume yang dipaparkan juga menarik ala2x robocop kalau nak dibandingkan dengan versi lama. Robot Alpha juga diberi nafas baru yang kelihatan menarik dan kuat walaupun kecil je robotnya.


Cuma yang tak bestnya tentang Rita dan MegaZord..


Kan best kalau Rita pakai jubah macam yang dulu dengan benda 2 tanduk kat atas kepala tu. hahaa. Ini tak, seksi beno rita pakai kali ini. hahaha


Megazord pula tak nampak jelas macam mana dorang bercantum sebenarnya. tup2x jadi megazord dalam api.. Biasa dulu bercantum kat udara then dorang detailskan mcm mana dorang bercantum. Tapi versi baru ini nampak cantumannya tapi tak berapa nak jelas dan details. So boleh la tahu logiknya bercantum.


keluar lagu Go go power ranger  tu memang sangat memori walaupun sekejap je.


Aku bagi 9/10 Bintang untuk movie ni versi 2017.


Korang yang dah tengok tu macam mana, best ke tak?

Comments

8 komentar

saya macam tidak berminat untuk menonton cerita power ranger..

agak merapu sedkit..

mungkin faktor usia kot..

kalau kisah cinta boleh la on kot

go..go power rangers..gitulah kan muzik dia...hehehe.

saya pemintat power rangers jugak kecik2 dulu..tak ingat dah suka kaler ape :)

x berkesempatan tgk cerita ni..kecik2 dulu mmg suka jgk tgk power rangers

belum ada kesempatan nak tengok.. cadang nak rally one shot satu hari.. ghost in the shell, power ranger dengan fast8 huhu

kostum power ranger-nya benar-benar sangat berbeda ya.. :)


EmoticonEmoticon