Nak Reset Ipad Tapi Terlupa Passcode - adarain

Sunday, 5 March 2017

Nak Reset Ipad Tapi Terlupa Passcode

Lama dah tak godek2x Ipad 3 kebetulan ipad macam slow sangat nak hang pun ada. Tak sangka ipad pun boleh hang. hahaha. 1ram memang hang la dengan update ios 9 lagi yang makin berat.


So, terdetik nak reset biar nampak macam baru beli n ringan sikit.


Tapi bila nak reset ni terlupa pula passcode sebab dah lama sangat tak reset rasanya dah bertahun2x juga tak reset. Lock Homescreen pula lain dengan passcode reset.


Dah mula gelabah google sana sini sebab bukan pengguna apple sangat. Hp pun pakai android je.


penat juga mencari try method ni tak berjaya, try method sana plak pun tak berjaya kena mintak passcode juga last2x jumpa method yang ini selepas berjam2x mencari penyelesaiannya.


Nak Reset Ipad Tapi Terlupa Passcode



Reset Ipad dengan Icloud


Caranya mudah je.. dengan guna Icloud.. just imagine ipad korang hilang pastu lupa letak kat mana..




  1. Pergi buka browser (icloud.com/find) kat laptop ke atau kat iPhone lain pun boleh

  2. Pastu masukkan Apple Id dengan Password

  3. Klik ALL DEVICES kat atas sekali bahagian tengah nanti korang akan nampak Nama ipad korang.

  4. Kemudian Pilih Ipad yang korang nak 'erase'kan

  5. Kemudian klik 'erase' untuk padam ipad korang termasuk passcode sekali.

  6. Sekarang korang boleh restore balik atau setting jadi ipad macam baru.


Senang dan mudah..  tapi make sure korang kena ingat apple id (e-mail) dengan password icloud korang..Kalau tak ingat memang tak boleh la korang nak reset passcode nanti..


Dah settle semua ni terus aku samakan semua passcode dengan lock homescreen. Tak ada lah kes terlupa passcode lagi.

Comments

5 komentar

Hoho boleh jadi haru kalau lupa password

Info yang berguna.. pernah jgak berlaku kat saya..

boleh jadi rujukan, sbb mmg pakai iphone dan ipad

Kena simpan info ni sebab saya ni kadang2 pandai lupa password. Padahal tiap2 hari password sama je pun boleh lupa. aduh..

Mungkin kurang vitamin c..

Kalau terlupa id memang jenuhlah kan


EmoticonEmoticon