√ Boleh Ke Minum Air Sambil Berdiri? - Adarain

Boleh Ke Minum Air Sambil Berdiri?

Tak sangka selama ini minum sambil berdiri yang dikatakan berbahaya untuk tubuh badan adalah mitos semata2x. Perkara ini sudah diterapkan sejak kecil lagi sehingga tiada siapa yang menafikan tentang hal ini.  Ini adalah tujuh (7) akibat MITOS yg TIDAK akan terjadi walaupun anda minum sambil berdiri sepanjang hari dan berhari-hari.

sekadar gambar hiasan

Mitos Minum Sambil Berdiri


  1. Buah pinggang rosak
    Minum berdiri tak kena mengena dengan fungsi buah pinggang anda. Minum duduk, baring, meniarap, mengiring atau merangkak pun buah pinggang tak rosak jugak.
    Kalau anda kurang minum air, jus atau makan makanan kesihatan yang entah apa-apa di pasaran sekarang tu yang berisiko akan rosakkan buah pinggang anda.

  2. Mengalami rosak sendi
    Minum air berdiri tiada kena mengena dengan sendi rosak. Entah macam mana kaitannya. Melainkan anda minum berdiri sambil melompat tanpa henti selama bertahun-tahun. Majoriti pesakit saya yang sakit sendi disebabkan wear and tear dan proses penuaan pun secara puratanya berlaku selepas usia 50 tahun.

  3. Merosakkan sistem penghadaman
    Proses penghadaman akan berjalan samada anda minum berdiri atau tidak. Lagipun air tak perlu dihadam, ia diserap.

  4. Kembung perut
    Kembung perut atau bloatedness disebabkan udara yang masuk ke dalam perut ketika makan dan minum. Berdiri ke tidak, tiada bezanya.

  5. Haus tidak akan hilang
    Ini paling pelik. Kalau anda minum air, insyaAllah haus akan hilang. Rasa haus tu diberitahu oleh otak kita (thirst centre) dan ia ditentukan mengikut kandungan air dalam badan kita (hydration). Cara anda minum tak menentukan haus atau tidak. Yang menentukan ialah kandungan air yang diminum.

  6. Tidak dapat mencairkan kandungan asid dalam tubuh
    Asid dalam tubuh? Nak cairkan asid? Pelik betul bunyinya. Dah tu, kalau duduk, asid jadi cair? Kalau duduk, pastu bangun, pastu duduk balik? Apa jadi pada asid?Kecairan asid atau pH asid bukan ditentukan dengan cara anda minum.

  7. Ulser dan pedih ulu hati
    Minum berdiri tidak menyebabkan ulser atau pedih ulu hati. Pedih ulu hati atau gastritis terjadi antaranya jika ada bakteria H. Pylori atau ada ulser atau jika anda makan ubat tradisional yang ada kandungan steroid yang tinggi. Sesetengah ubat tahan sakit juga boleh menyebabkan ulser jika diambil berlebihan. Minum berdiri macamana pun tak akan menyebabkan ulser.

Mengarut betul la tukang reka "akibat" ni. Tolong la jangan reka kenyataan-kenyataan macam ni walau atas apa sebab sekalipun. Masalah utama kita ni sebab ramai yang share dan Retweet info ni tanpa usul periksa terlebih dahulu. Jika tak tahu, tolong lah tanya. Kami di MedTweetMY dan Medical Mythbusters Malaysia akan jelaskan pada anda. Mungkin niat murni anda ialah hendak berkongsi ilmu, tapi natijahnya, anda telah menyebarkan MITOS dan info yang tidak tepat.

Minum duduk memang sunnah, tapi minum berdiri TIDAK menyebabkan masalah di atas. Kedudukan kita masa minum BUKAN penyebab penyakit. Jadi jangan percaya dengan rekaan yang dbuat oleh pihak tertentu sebelum merujuk kepada pihak pakar.

Sumber dari Twitter Dr.Mahyuddin

Get notifications from this blog

18 comments

  1. orang yang buat mitos ni nak orang buat kebaikan supaya orang minum duduk, tapi caranya salah. dengan buat cerita palsu.

    niat betul + cara salah = salah.

    :)

    ReplyDelete
  2. minum berdiri nampak tak sopan sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. itu lah niat dah betul tapi cara penyampaiannya pula salah..

    ReplyDelete
  4. aah betul tu..seeloknya minum duduk biar nampak beradab.

    ReplyDelete
  5. Haa, natijah dari minum berdiri ialah tidak sopan sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. dari segi adab memang tidak bagus minum sambil berdiri...

    ReplyDelete
  7. Mungkin mereka ikut cara orang dulu2 untuk menakutkan kanak2..
    Contohnya seperti tak elok potong kuku di waktu mlm nanti....

    ReplyDelete
  8. saya percaya apa yang di sarankan pasti ada penyebabnya

    ReplyDelete
  9. minum berdiri seperti menyiram benda hanya sekilat saja tidak menimbulkan kemanfaatan

    ReplyDelete
  10. minum duduk seperti mengairi sawah sampai lubang terkecil yang kering menjadi basah dan berair

    ReplyDelete
  11. Orang yang minum berdiri pun kena komplen, apatah lagi minum berlari macam peserta marathon.

    ReplyDelete
  12. susah nak cakap.

    dah nama pun mitos, kan?

    ReplyDelete
  13. bagi yang jenis percaya bulat-bulat.. memang senang jari nak tekan share.. share benda tak sahih

    ReplyDelete
  14. mitos macam2 kan masyarakat kita ni

    ReplyDelete
  15. mitos vs realiti.. kena kaji betul2 baru dapat jawapan yang betul tentang sesuatu perkara..

    ReplyDelete
  16. Al quran pun ada sebut dalam surah al hujurat ayat 6
    .
    Bila orang fasik bawa berita, selidik dulu
    .
    Hmm
    .
    Dah jadi MLM dosa. Bahaya benar ni

    ReplyDelete
  17. Terbaik lah maklumat ini !. Memang terlalu ramai sangat orang kita sekarang yang main percaya tanpa usul periksa. Paling malang, dah lah tak semak dan tak pastikan kebenaran, terus kongsikan pulak dengan orang lain.

    ReplyDelete
  18. Perenggan last tu yang best...

    ReplyDelete