Teruja di Red Carpet Wax Museum i-City Shah Alam - adarain

Sunday, 9 April 2017

Teruja di Red Carpet Wax Museum i-City Shah Alam

Red Carpet Wax Museum - apa tu Red Carpet Wax Museum? Merupakan muzium yang dipenuhi dengan selebriti, tokoh politik, ahli sukan patung lilin yang popular di seluruh dunia antaranya Angelina Jolie, Britney Spears, Brat Pitt, Barack Obama, Putin dan banyak lagi.


Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan diri ke I-city sebelum ini sekadar dengar2x dari mulut orang yang katanya tempat tak ada best mana dan ada yang kata malam lagi best dari siang dan banyak lagi..nak masuk i-city pun ada tiket masuk, tu belum lagi campur tiket masuk tempat2x kawasan i-city macam theme park, snow dan banyak lagi.


Kat I-city ini aku pergi ke Red Carpet Wax Museum je yang trick art aku tak masuk sebab dah pernah masuk kat Port Dickson walaupun lukisan 3D yang berlainan.


Harga Tiket Masuk Red Carpet Wax Museum


RM35 - Dewasa (MYkad)
RM30 - Kanak-Kanak (Mykad

Teruja Bergambar Dengan Patung Lilin


Gila siapa tak teruja kalau dapat bergambar dengan selebiriti?..EH!.. silap2x bergambar dengan Patung lilin yang diubah menjadi selebriti.. Tengok dekat2x macam kulit betul..


Dibawah adalah beberapa gambar Patung Lilin.


Red Carpet Wax Museum


Sebelum nak naik atas melalui tangga tu ada patung lilin salah satunya ada Mr. Bean dan yang terperanjatnya bila patung lilin sebaris dengan Mr.Bean tetiba bergerak.. gila tak terperanjat kan.. mau tak larii..tapi takdelah lari control macho skit.. hehaha




[caption id="attachment_6784" align="aligncenter" width="720"]Red Carpet Wax Museum Bersama Putin dan Barack Obama[/caption]

 

[caption id="attachment_6785" align="aligncenter" width="450"]Red Carpet Wax Museum i-City Bi Rain Penyanyi dan Pelakon Terkenal Korea Selatan.. Sama ke tak mukanya?[/caption]

Red Carpet Wax Museum

[caption id="attachment_6787" align="aligncenter" width="600"]Red Carpet Wax Museum Britney Spears lain gila mukanya..[/caption]

Red Carpet Wax Museum

Pastu dah bergambar sakan ada satu toilet tu konon nak melepaskan hajat sekali ada patung plak lagi terperanjat beruk kat situ sbb muka patung tu betul2x toleh kat muka ak then pg tandas sebelah lagi terperanjat sebab patung perempuan tu bergerak...aishh banyak btol suspendd.. hahaha.




[caption id="attachment_6790" align="aligncenter" width="600"]Red Carpet Wax Museum Inilah patungnya yang dalam tandas tu..[/caption]

Ada banyak lagi patung lilin yang menarik macam jackie Chan, John cena semua tapi malas nak penuhkan kat sini nanti takut korang muak plak.. haha tapi sebenarnya nak jimat storage hostage.

Best tak Red Carpet Wax Museum?


So far, memang bestlah memang teruja dapat bergambar dengan patung lilin walaupun sekadar patung.. Tak dapat bergambar dengan selebriti ngan patung lilin pun kira bolehlah walaupun muka patung lilin ada yang tak berapa sama dengan selebriti sebenar. Lagi best bila ada beberapa tempat yang patungnya bergerak, memang sangat memeranjatkan n menakutkan pun ada...


Suasana memang tak ramai orang so memang sakanlah bergambar dengan member. Ambil masa nak 2 jam lebih juga nak bergambar..


Waktu siang tempat ini agak lengang tak ramai orang pun, menurut staff waktu petang pkul 5 sampai 12 malam lagi ramai orang.


Alamat Red Carpet Wax Museum i-City 

D-1-G, /AJ, Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Pastu pandai2xlah korang cari kat dalam tu kalau nampak bangunan Trick 3D museum tu maknanya dah dekat lah tu. Boleh parking kat situ sebab dah sebaris dengan bangunan yang sama.

Comments

11 komentar

menarik gak, cuma mungkin ada patung2 tu tak betul2 menyerupai. macam rain tu, memang lain la rupanya

ada yang betul2 real.. ada yang jauh beza...

kan.. memang tak semua sama.. nak kata muda jauh sangat.

Tak penah gi red carpet sini..
penah pegi yang kat hong kong .

WOw...dah pergi yang jauh dulu tu...:D

wah tak sangka ada muzium patung lilin jugak kat malaysia

perghhh ini kalau tiba2 dia bangun tegur.. mau mencanak lari lintang pukang hahaha... ada dulu tengok video arnold susahnakeja buat prank patung lilin.. mau melompat orang terkejut haha

belum ada kepakaran yang betul2 kot. xpelah tu lama2 blh jadi lebih baik

haha. dalam ni pun ada patung bergerak dan mencarut ini kan video arnold tu.. memang menjerit lari lintang pukangla....

macam pelik je muka britney hahah

Ini memang dah cukup cantik juga, hampir-hampir mirip cuma mungkin akan datang diharapkan boleh tambah lagi koleksi-koleksi patung di Red Carpet Wax Museum ni. :D


EmoticonEmoticon