Movie Transformers: The Last Knight - adarain

Wednesday, 5 July 2017

Movie Transformers: The Last Knight

Tengok Movie Transformers: The Last Knight sampai dua kali korang rasa? Best sangat ke sampai 2 kali tengok..nak tahu best ke tak korang kena baca sampai habis sebab apa aku tengok sampai 2 kali..

Tak sangka plak movie ini ada kesinambungan lagi sebab tengok yang lepas gaya macam dah habis dengan optimus Prime dah balik cari the maker...Tau2x director nak sambung lagi cerita ni lagi siap ada peracangan lagi untuk 2019 dengan 2020 kalau tak silap.

Movie Transformers The Last Knight

Sinopsis Movie Transformers: The Last Knight


Banyak transformers yang terhempas ke bumi atas sebab-sebab tertentu sehingga menganggu ketenteraman orang awam dibumi dan banyak kerajaan mula mencari transformers untuk dimusnahkan serta mencari punca kenapa dorang datang sini.

Optimus Prime pula dah kena pengaruh dengan the makers untuk mencari tongkat sakti untuk memusnahkan bumi untuk dijadikan tempat baru yang dipanggil cybertron.

Perancangan dorang berjaya dan macam mana dorang lakukan tu korang kena tengok sendiri jalan cerita ni.

Ulasan Movie Transformers: The Last Knight


Sebab aku tengok 2 kali ialah masa first tengok membe ada janji temu dengan client sekali client member sampai awal plak jadi kena keluar awal jumpa dengan client.. tu yang tengok yang kali kedua. Sebab tak jangka yang duration cerita ini panjang sampai nak 3 ( tiga) jam jugalah.

Movie Transformers The Last Knight

Best ke? Nak kata Best gilerr tu memang tak lah sebab cerita ni tersangat biasa dengan aksi memanjang dan borak-borak kosong yang macam tak ada klu yang menarik untuk dibincangkan.

Babak-babak plak semakin agak sedikit membosankan sebab macam recycle dengan movie sebelum-sebelum ini dengan lawak biasa je aku tengok..

Tiada yang menarik dan pembaharuan yang dilakukan dalam movie ni.. no wonder kalau tengok rating imbd pun sekadar 5.7/10 sahaja.  Rating rotten tomatoes lagi melampau rating 3.2/10 je dia bagi.. Nampak tak teruknya movie ini.

Tapi kalau korang yang memang peminat transformes dari dulu lagi mesti akan teruja dengan cerita ini sebab aksi best-best dalam semua ini.

Bagi aku cerita just biasa-biasa je dengan tambah sedikit 'perasa' CGI yang power dari Michael Bay. Biasa-biasa pun tengok sampai 2 kali tu.. hahaha. kalau tengok 2 kali, part yang dah tengok jadi bosan plak tengok lagi..sebelum masuk wayang tu siap tangguh lagi makan-makan dulu sampai 1 jam lebih baru masuk tengok. hehe
Comments

10 komentar

lor optimus prime dah jadi dark side ke. hero tu

Dah tengok movie tranformers ni dekat wayang...
Memang best... Tapi ada beberapa babak tu agak membosankan sebab tak berapa faham... Sehingga saya dan isteri tertidur di panggung wayang... Salah sendiri juga sebab tengok wayang waktu malam... Time raya pulak tu... Memang mengantuklah... hahaha

Saya pun ingat citer Transformers ni dah habis. Ada lagi sambungannya. Pastu rata-rata review saya baca juga, orang kata biasa-biasa je yang ni.

aah, memang biasa je cerita nya... CGI dia je gempak.. hehe

kalau tengok tgh malam mesti lagi tertido la kat pawagam.. hehe.. lama sangat cerita ni..

kena rasuk.. jadi jahat jap pastu jadi baik balik.

Akak peminat transformers. Mula la rasa goyang ni nak tgk ke tak kalo rating sampai 3 bintang je.

bukan main terk lagi movie ni kena hentam dgn critics

Kalau cerita tu kita suka repeat berkali-kali pun takpe. Tapi boring juga kalau tengok yang sama je kan.


EmoticonEmoticon