Pengalaman Berjalan ke Menara Kuala Lumpur dan Upside Down House
Menara Kuala Lumpur merupakan menara komunikasi ke-tujuh tertinggi di seluruh dunia dan mencapai ketinggian 421 meter.
Selalu bila pergi kuala lumpur nampak je menara kl ni dari jauh tapi tak pergi-pergi juga..
Tetiba ada mood plak nak berjalan-jalan area menara kl ini.. dari Bangi nak ke tempat ini tak jauh sangat.. kalau tau ikut google maps cepatlah sampainya..
Sampai menara kl ini ada dua (2) tempat parking kalau tak silap iaitu di bawah free dan parking kat atas tapi kena bayar.. boleh tahan mahal juga la kalau parking sejam dalam RM3 lebih kalau tak silap.
Daripada parking bawah baik parking kat atas walaupun kena bayar at least tak ada penat nak berjalan dari bawah nak ke atas..
Rupanya ada tempat menarik selain menara kuala lumpur ini... area menara kl ini ada zoo mini, upsidedown house (rumah terbalik), XD teater dan ada 2-3 tempat menarik.
Lama punya pilih, ak ngan member ambil pakej kombo B...iaitu Sky Deck, observation view dengan upsidedown. Harga MYKAD iaitu RM80.
Teruja Bergambar di Sky Box, Menara Kuala Lumpur
Dah beli tiket semua kena beratur menunggu giliran naik lift ke Sky Deck.. Tempat ini best sebab paling atas sekali boleh tengok kawasan kuala lumpur dan korang juga kena beratur menunggu giliran untuk bergambar kat sky box nanti itu kalau ramai orang...
tempoh masa bergambar kat sky box kalau tak silap 2 minit je.. time tu lah korang kena laju ambil gambar... haha.. kat situ juga ada dorang ada ambil gambar dan mahal sangat sebab 1 photo je RM50 tapi memang sangat cantikk.
gayatt |
pemandangan dari menara kuala Lumpur |
Seram siot masuk kat sky box.. bila kau berdiri macam nak jatuh je box ni padahal box ini walaupun berkaca tapi tebal dan boleh menampung 1 tan katanya... bila berdiri tengok bawah plak lagi cuakk.. terus duduk bersila.. haha. korang mesti dah boleh agak cuaknya macam mana kalau berada kat kaca lutsinar..
Upsidedown House
Dah puas berjalan kat menara kuala lumpur bahagian observation dan sky deck, kitorang terus ke UpsideDown House yang berdekatan dengan menara kuala lumpur..
harga ini kalau tak ambil pakej kombo, harganya RM15 untuk MYKAD.
Yang ini kalau ramai kena tunggu turn nak masuk rumah sebab 1 umah muat untuk lima orang masuk je.. Masa yang diberikan kalau tak silap dalam 10 minit je.
So kat situ nanti akan ada staff yang akan ajar macam mana nak ambil gambar yang terbaik untuk rumah terbalik ini
Rumah terbalik |
tiket kaunter bayaran |
Get notifications from this blog
Bestnya dpt pergi ke menara KL...
ReplyDeleteErk.. owner rumah terbalik ni merupakan rakan sekerja saya semasa di Mukah Sarawak.. Sekarang dah jadi Datuk dah... dah berapa kali ajak saya ke sana.. tapi belum ada kesempatan lagi..
Memang cantik. Kalau nak pergi perlu kesabaran yang tinggi la tunggu turn tu ye. Tp asal ad gambar yang boleh dibuat kenangan.
ReplyDeletefemes rumah upside down ni.. ramai ambik gambar ala2 berjalan atas ceiling
ReplyDeleteSkybox adalah satu tarikan baru menara Kuala Lumpur yang paling membuat orang gayat dan seram.
ReplyDeletesebelum pergi sky bridge langkawi boleh cuba skybox kl tower ni hehehe
ReplyDeletedua kali bawa budak sekolah.
ReplyDeletememang malas.
tapi bila tengok budak happy, rasa aman plak hati nih.
haha
hoho rupa-rupanya macam-macam ada kat area menara kl tu ye. baru tau... ada juga rumah terbalik kat situ
ReplyDeleteSaya tak pernah naik lagi menara Kualu Lumpur ni tunggu tahun depan lah nak pergi jalan-jalan sekali
ReplyDeletesemoga dipermudahkan nanti..
ReplyDeleteada banyak tempat kat situ. zoo pun ada. hehe
ReplyDeletebudak2x semua dia happy kalau datang tempat baru dan menarik
ReplyDeleteInsyaallah nak juga pergi. kebetulan kebelakangan ni ramai orang review pasal kl tower
ReplyDeleteSelama 25 tahun hidup belum pernah lagi ke sana. Selalu lalu macam angin lalu begitu saja. insyaAllah ada jodoh nak kesana bawa mak saya makan angin.
ReplyDeleteinsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan nanti ya..
ReplyDeleteOkay set.
ReplyDeleteNanti nak pergi jalan-jalan hohoho ..
jalan jangan tak jalan.. boleh hilangkan stress. hehe
ReplyDeleteNak naik kat skybox tu memang gayat lah..
ReplyDelete