√ Pengalaman Berjalan ke Menara Kuala Lumpur dan Upside Down House - Adarain

Pengalaman Berjalan ke Menara Kuala Lumpur dan Upside Down House

Menara Kuala Lumpur merupakan menara komunikasi ke-tujuh tertinggi di seluruh dunia dan mencapai ketinggian 421 meter.

Selalu bila pergi kuala lumpur nampak je menara kl ni dari jauh tapi tak pergi-pergi juga..

Tetiba ada mood plak nak berjalan-jalan area menara kl ini.. dari Bangi nak ke tempat ini tak jauh sangat.. kalau tau ikut google maps cepatlah sampainya..

Sampai menara kl ini ada dua (2) tempat parking kalau tak silap iaitu di bawah free dan parking kat atas tapi kena bayar.. boleh tahan mahal juga la kalau parking sejam dalam RM3 lebih kalau tak silap.

Daripada parking bawah baik parking kat atas walaupun kena bayar at least tak ada penat nak berjalan dari bawah nak ke atas..

Rupanya ada tempat menarik selain menara kuala lumpur ini... area menara kl ini ada zoo mini, upsidedown house (rumah terbalik), XD teater dan ada 2-3 tempat menarik.

Lama punya pilih, ak ngan member ambil pakej kombo B...iaitu Sky Deck, observation view dengan upsidedown. Harga MYKAD iaitu RM80.

Teruja Bergambar di Sky Box, Menara Kuala Lumpur


Dah beli tiket semua kena beratur menunggu giliran naik lift ke Sky Deck.. Tempat ini best sebab paling atas sekali boleh tengok kawasan kuala lumpur dan korang juga kena beratur menunggu giliran untuk bergambar kat sky box nanti itu kalau ramai orang...

tempoh masa bergambar kat sky box kalau tak silap 2 minit je.. time tu lah korang kena laju ambil gambar... haha.. kat situ juga ada dorang ada ambil gambar dan mahal sangat sebab 1 photo je RM50 tapi memang sangat cantikk.

gayatt

Pengalaman Berjalan ke Menara Kuala Lumpur dan Upside Down House
pemandangan dari menara kuala Lumpur

Seram siot masuk kat sky box.. bila kau berdiri macam nak jatuh je box ni padahal box ini walaupun berkaca tapi tebal dan boleh menampung 1 tan katanya... bila berdiri tengok bawah plak lagi cuakk.. terus duduk bersila.. haha. korang mesti dah boleh agak cuaknya macam mana kalau berada kat kaca lutsinar..


Upsidedown House


Dah puas berjalan kat menara kuala lumpur bahagian observation dan sky deck, kitorang terus ke UpsideDown House yang berdekatan dengan menara kuala lumpur..

harga ini kalau tak ambil pakej kombo, harganya RM15 untuk MYKAD.

Yang ini kalau ramai kena tunggu turn nak masuk rumah sebab 1 umah muat untuk lima orang masuk je.. Masa yang diberikan kalau tak silap dalam 10 minit je.

So kat situ nanti akan ada staff yang akan ajar macam mana nak ambil gambar yang terbaik untuk rumah terbalik ini

Pengalaman Berjalan ke Menara Kuala Lumpur dan Upside Down House
Rumah terbalik
sambil korang menunggu turn nak masuk umah tu korang boleh bergambar di sekeliling umah terbalik ini... bila no korang di panggil time tula korang boleh masuk umah terbalik..

Pengalaman Berjalan ke Menara Kuala Lumpur dan Upside Down House
tiket kaunter bayaran
Ambil gambar dalam umah tak berapa nak cantik plak.. malu nak share ngan korang. hahahah.  korang pergilah sendiri nanti kalau ada masa lapang..

Get notifications from this blog

17 comments

  1. Bestnya dpt pergi ke menara KL...
    Erk.. owner rumah terbalik ni merupakan rakan sekerja saya semasa di Mukah Sarawak.. Sekarang dah jadi Datuk dah... dah berapa kali ajak saya ke sana.. tapi belum ada kesempatan lagi..

    ReplyDelete
  2. Memang cantik. Kalau nak pergi perlu kesabaran yang tinggi la tunggu turn tu ye. Tp asal ad gambar yang boleh dibuat kenangan.

    ReplyDelete
  3. femes rumah upside down ni.. ramai ambik gambar ala2 berjalan atas ceiling

    ReplyDelete
  4. Skybox adalah satu tarikan baru menara Kuala Lumpur yang paling membuat orang gayat dan seram.

    ReplyDelete
  5. sebelum pergi sky bridge langkawi boleh cuba skybox kl tower ni hehehe

    ReplyDelete
  6. dua kali bawa budak sekolah.

    memang malas.

    tapi bila tengok budak happy, rasa aman plak hati nih.

    haha

    ReplyDelete
  7. hoho rupa-rupanya macam-macam ada kat area menara kl tu ye. baru tau... ada juga rumah terbalik kat situ

    ReplyDelete
  8. Saya tak pernah naik lagi menara Kualu Lumpur ni tunggu tahun depan lah nak pergi jalan-jalan sekali

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan nanti..

    ReplyDelete
  10. ada banyak tempat kat situ. zoo pun ada. hehe

    ReplyDelete
  11. budak2x semua dia happy kalau datang tempat baru dan menarik

    ReplyDelete
  12. Insyaallah nak juga pergi. kebetulan kebelakangan ni ramai orang review pasal kl tower

    ReplyDelete
  13. Selama 25 tahun hidup belum pernah lagi ke sana. Selalu lalu macam angin lalu begitu saja. insyaAllah ada jodoh nak kesana bawa mak saya makan angin.

    ReplyDelete
  14. insyaAllah, semoga dipermudahkan urusan nanti ya..

    ReplyDelete
  15. Okay set.

    Nanti nak pergi jalan-jalan hohoho ..

    ReplyDelete
  16. jalan jangan tak jalan.. boleh hilangkan stress. hehe

    ReplyDelete
  17. Nak naik kat skybox tu memang gayat lah..

    ReplyDelete