Pengalaman beli basikal Indoor di Lazada - adarain

Monday, 4 September 2017

Pengalaman beli basikal Indoor di Lazada

Pengalaman pertama beli basikal indoor atau dalam bahasa inggeris Exercise Bike Indoor kat lazada..

Lazada siapa yang tak kenal wei.. dah femes satu Malaysia. Kalau pergi website yang download softwatre keluar iklan pop out lazada memanjang.. Punyalah agresif iklan lazada ni sampaikan ramai online shopping nak bersaing dengan lazada ni..

Sebab apa aku beli basikal indoor ni?


Almaklumlah kan. umur pun bukan selalu muda sangat kenalah selalu jaga badan juga ye dok. Kenalah jaga kesihatan makanan semua termasuklah exercise.

Sekarang kerja ni memang tak ada masa nak jogging kat luar..pagi dah kena pergi kerja, petang dah penat tu dah comfirm.. malam pula nak rehat semua untuk besok kerja.

[caption id="attachment_7282" align="aligncenter" width="592"]Pengalaman beli basikal Indoor di Lazada lebih kurang macam basikal indoor yg aku beli warna merah[/caption]

So, better beli exercise bike indoor senang tak perlu nak keluar just main basikal kat dalam rumah je. Beli basikal yang mampu miliklah nak beli basikal yang mahal-mahal tu memang taklah..

Beli basikal mampu milik dengan RM140 lebih tak silap masa aku beli masa promosi..masuk kos postage semua dalam RM160 lebih gitu. dah tak ingat tapi tak cecah sampai RM200 lebih.

Lazada ni pos by Gdex.

Korang tak perlu risau kalau kereta kecil macam kancil ke Myvi muat je basikal ni nak masuk dalam kereta kecil, ni incase kalau pos tak sampai kat umah n nak amik sendiri kat Gdex.

Time tu aku tengah kerja mmg tak ada kat umah so aku amik kat Gdex.

Basikal tu letak dalam kotak empat segi empat tepat cam tu lah. berat dalam 6kg.

So, kat umah nanti kat umah pasang sendiri basikal tu. Ambil masa setengah jam jugalah nak setting basikal semua jadi complete. peluh tak peluh juga nak pasang semua ni.

Kat dalam kotak tu nanti ada disediakan semua peralatan nak memasang semua basikal tu nanti. Tak payah risau kalau tak ada spanar ke apa semua tu.. dan juga ada buku manual untuk korang pasang basikal tu nanti.

Best tak pakai Basikal Indoor ni?


Sesuai lah dengan harga yang ditawarkan kalau beli basikal indoor yang mahal sikit mesti lagi best dan sedap nak berbasikal..

At least memang puas hati beli ni.

Main basikal dalam 5 minit pun dah keluar peluh.. kira ok lah tu..

Basikal ni pun ada ada timer, boleh tengok speed, distance dengan kalori berapa kita dah bakar tapi jgn percaya sangat sbb tak berapa tepat.. Yang penting kita boleh agak berapa minit nak berbasikal..
Comments

21 komentar

Sambil tengok tv dan teman isteri masak kat dapaur tuan boleh mengayuh basikal indoor

Memang multi tasking

tu memamng btol2x multitasking tu.. hahaha. biasa dengar music baru semangat nak exercise.

Bagus ada basikan indoor ni..
Bantu kita supaya lekas nak keluarkan peluh...

Waktu hujan pun boleh bersenam dalam rumah :)

ni takde alasan lagi utk bersenam

Tak pernah beli barangan besar mcm ni di lazada. Menarik juga.. wahh lepas ni tiada alasan utk tak bersenam lagi :) :)

pernah sekali je beli barang dekat lazada ni.. ntah berapa item aku beli tempoh hari..tapi memang rugilah, sebab dapat barang kurang kualiti..tapi takpe la janji da tahu..hihihihi

Lagi baik beli yang murah asalkan kita pakai tuan

ada kawan saya

beli mahal sampai 3k, pakai awal awal tu

Lepas tu mesin rosak, minta kedai betulkan. Banyak songeh, suruh beli baru

akhirnya sekarang tersadai dalam stor

Cabaran bersenam sorang sorang ni

willpower senang habis sebab kita penat buat sorang sorang

kena ada disiplin tinggi

kadang tu harga tak penting yang mahal sangat, yang penting digunakan semaksimum yang boleh. baru berbaloi beli.

dapat kat anak aku ni..

dok berkayuh tak tido malam ni kang.

haha

hahah.. parent kena berjaga sepanjang hari la nampaknya.

yap betul kena ada motivasi untuk lakukan hari2x.

wow.. mahalnya sampai 3k tu.. better guna hari2x kalau tak sia2x je kalau buat perkasam kat umah. hehe

Best jugak ada basikal macam ni. Anytime boleh kayuh :)

ok juga tu..

yang penting kesihatan terjaga..

tidak timbul murah atau mahal

bagusla... nak jogging kat luar panas sangat. hehe

aah.. panas pastu kalau hujan pun susah juga. hehe

Nak terbeli hari tu tapi macam kurang yakin pula dengan ketahanan basikal ni dalam jangka masa yang panjang.. kalau review okay, bolehlah proceed beli lepas ni

saya dah pakai setakat ini memang ok je.. tahan pun tahan..


EmoticonEmoticon