Monday, 4 September 2017

Unifi terlebih caj selama dua bulan

Baru-baru ini baru perasan ada unifi terlebih cah dari yang sepatutnya kena bayar. Kalau ikutkan harga yang patut dibayar adalah RM199+GST 6% = RM210.94.

Tapi bila email untuk bil unifi sampai dikenakan RM220 lebih macam tu.

Terperanjat la juga sejak bila plak aku miss bayar unifi.. tak pernah aku miss bayar unifi setiap bulan.

Kadang awal bayar kadang lambat bayar.. tapi tak ada buat sampai tertunggak.

Unifi Terlebih Caj 2 bulan berturut2x


Malas nak call, tanya kat twitter senang sikit. Boleh direct mesej kat Unifi

aku tanyalah kenapa ada caj terlebih RM10 lebih dan macam biasa TM unifi minta no akaun untuk lebih terperinci.

kemudian dorang balas ini:
Hi. Kami telah periksa. Isu berkaitan dengan sistem waktu penambahan pek HyppTV Jumbo (TQ Campaign). Untuk rekod, pihak TM telah kenalpasti isu ini berkaitan dengan sistem dan pelarasan untuk betulkan kembali amaun yang terlebih caj dalam tempoh 2 kitaran bil akan dibuat secara pukal. Kami mohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Unifi terlebih caj

rupanya ada kesilapan yg berkaitan dengan HyppTv Jumbo..

macam manalah boleh silap padahal tak 'ganggu' pun or langgan Jumbo..tak yahla kacau akaun aku..pergilah kacau akaun orang yang langgan Jumbo tu.. :D

hopefully tak ada masalah lagi pada masa akan datang dengan unifi terlebih caj..

dahlah sekarang tengah panas sebab Unifi tawarkan pakej lebih murah dengan RM179 untuk 30mps. Jauh beza dengan pakej aku yg kena bayar RM199, sangat2x tidak adil!.

Patut sekata je semua semua dari segi pembayaran ini plak ada beza.. katanya ada promosi.. ini aku tengok promosinya sampai melebih2x.. kata end by Julai.. tapi ni sampai September plak..

15 Comments

Tuan dah jadi pelanggan lama tak di jaganya kan

orang baru yang di beri bonus lebih

patut pelanggan lama di jaga

Agaknya lah tuan

kalau tak kerana tuan tweet meraka

akan pulang balik tak?

kan.. ada juga pindah ke port lain krang ni.

Dorang tak perlu pulangkan balik. just bayar harga macam biasa.. saya abaikan caj yang terlebih tu. hehe

Unifi kat tempat aku belum sampai lagi..hampeh..wuwuw

Woii mahai tu.

Giler tak sanggup nak bayar. Banyak lagi komitmen lain ..

Aduh boleh demam tu ..

Aku perasan juga dengan pakej yang ditawarkan sama tapi harga lain-lain.

jap lagi sampailah tu kat tempat bos. hehe. cuma tak tau bila..

mahal tak mahal kan.. haha. nak wat cam mana kalau dah hardcore download semua. tengok tv pun pki online.

Siti Nurkhairiah binti Ismail close 5 September 2017 at 17:12

sampai september ke promo RM179 tu? masa saya register unifi awal bln April lepas, katanya promo da habis end of March, 2017 aritu.. saya pon sama, bil blnan RM199.. mmg rasa sgt2 x adil mcm ni..

Diorang ni memang hampeh. Kadang dari segi caj nampak mereka ni langsung tak hargai pelanggan lama. Kalau bukan sebab terpaksa, memang tak la pakai servis diorang ni.

tahun lepas, masih rm179.

tahun ni, tak tahu la plak.

hoho..

Nasib baik perasan kan, kalau tidak rugi je membayar

tu la.. masa check email dah pelik kenapa naik dari sebelumnya.