The Body Shop Tea Tree Anti-Imperfection - Ini kalau kedua aku review pasal The Body Shop. Hope The body shop pasni bagi produk ini percuma kat aku.. eh. tak adalah gurau je..
Just aku review ni untuk memudahkan pengguna lain tentang produk ini sama ada ok ke tak?. Berbaloi ke kalau dorang beli benda mahal macam ni touch up kat muka dorang yang ada masalah muka especially yang mukanya berminyak dan berjerawat.
The Body Shop - Tea Tree Anti-Imperfection
Salah satu produk yang aku berkenan nak beli ada lah Tea Tree Anti-Imperfection sebabnya suka-suka nak try pakai tea tree.
Ini adalah kotak Tea tree dari the body shop..
Muka aku tak adalah teruk mana just ada bekas jerawat tinggal parut jerawat tu yang tetiba yang nak try pakai produk ni. Nak buat facial treatment bulan-bulan tak mampu..
Beli yang ini je mampu walaupun too pricey.
Gambar dibawah adalah botol tea tree 50ml. Botol pula jenis kaca takut pegang jatuh je nanti.. Botol ni jenis penutup penyedut tea tree dan titiskan kat tangan sikit. pastu apply kat muka.
[caption id="attachment_7338" align="aligncenter" width="720"]
Sesuai untuk kulit kalau ada bermasalah macam berminyak ke, berjerawat, ada bekas jerawat bolehlah guna yang ini.. tengoklah kesan nanti dalam masa beberapa minggu mesti ada perubahan..
Boleh tengok review yang menggunakan produk ini [DISINI]
Macam mana nak guna Tea Tree Anti-Imperfection
Senang je nak guna..
- Basuh muka dengan pencuci muka..
- Dah cuci muka guna toner.. Toner just nak make sure muka bersih dari kekotoran supaya tak tersumbat pori2x kat muka
- Dah kering apply tea Tree Anti-Imperfection. Sapu je kat semua muka pun ok.
- Agak-agak mcm dah kering, barulah letak moisture cream
- Siap!
Moisture cream aku guna produk dari The body shop juga cumanya dari Seaweed.
[caption id="attachment_7340" align="aligncenter" width="720"]
Krim pelembap yang menghidratkan kulit, mudah meresap, tak menyumbat pori, bebas minyak ini menyelamatkan anda daripada insiden memalukan memedap kertas minyak, dengan mengawal lebihan sebum. Rumpai laut yang kaya mineral digabungkan dengan Vitamin E yang tak kurang hebatnya untuk melindungi kulit, mengekalkan kehalusannya, memberikan penampilan kulit matte tak berkilat.
Memang sedap pakai Moisture cream ni baunya pun sedap rekomend untuk mereka yang kulit berminyak.
Kesan The Body Shop Tea Tree Macam mana?
Memang terbaik dan rasa kulit muka ada perubahan rata je cam flawless je tapi tak adalah perfect 100% flawless at least ada perubahan sedikit demi sedikit sampai kan ada orang kata kulit aku rata je sekarang tak nampak bekas jerawat.. itu orang katalah. haha. tetiba jadi confident n nak rasa nak pakai je selalu.
13 Comments
Rajin tuan pakai body shop
isteri belanja agaknya ni
Produk The Body Shop memang terbaik.. Menjadi pilihan utama.. ;)
Produk body shop memang terbaik. Walaupun kadang ada harga yang boleh tahan, tapi sesuai dengan kualiti produknya.
Tak menyesal beli
mahal sebenarnya produk body shop ni.. perfume je yg okay sikit.
Produk body shop ni memang bagus sebab ianya banyak yang semulajadi. Tea tree ni pulak bagus untuk masalah jerawat
Banyak juga produk dari body shop ya
bagus untuk kesihatan
aah, memag agak mahal bila compare dengan face shop.. brand ni murah skit la untuk skincare.
kan.. harga memang setandinglah dengan kualiti yang ditawarkan untuk pengguna..
yap betul.. tea tree ni memang susasi untuk yang ada masalah jerawat.
bagus untuk kulit. so far review pengguna kata ok.
Produk Body Shop kebanyakannya semulajadi dan sesuai untuk kulit yang bermasalah.
Barangan dari The Body Shop memang menarik dan yakin digunakan dengan selamat. kesannya of course lebih bagus dalam jangka masa yang panjang kan
so far ok guna.. muka pun dah tak berminyak.