√ Buat blog Kerana Statistik ke saje je - Adarain

Buat blog Kerana Statistik ke saje je

Aku rasa ni bukan benda baru cuma baru-baru ni boleh kata tiap bulan juga la ak nampak blogger up status kat fb mengadu statistik merudum teruk pv dan uv semua ke laut...

Buat blog Kerana Statistik ke saje je

Yang mood nak menulis takde tu lain cerita..

Tujuan sebenar buat blog?


First of all..pengaruh twitter plak.. korang sebenarnya buat blog sebab apa? Tujuan sebenar buat blog..

Sebab statistik ke sebab saje je personal..

In case kalo sebab personal je korang takkan kisah pasal statistick ni just main tulis apa yang korang rasa nak tulis.. korang rasa nak tulis, tulis je.. luahkan pape walaupun takde org nak baca tapi disebabkan kepuasan menulis tu ada korang pun tulislah pape....

Lain la kalau disebabkan statistick.. tp kalo korang buat blog dah berubah hati hanya kerana statistik means korang dah beralih arah dan mula fokus betul2x dengan niche yang tepat untuk blog korang..

Kalo blog masak up post pasal resepi masak, jenis periuk semua.. every details tentang masakan korang bg info..

Blog tntg make up..up post pasal make up yg betul..penggunaan mcm mana.. comparekan brand mana yg bagus utk make up dn mcm2x lagi..

Bila korang main statistik automatik korang sebenarnya sudah mula terfikir menjana pendapatan sampingan dengan blog dengan memasang pengiklanan di blog atau buat paid review. Sudah tentu korang mementingkan kualiti dalam penulisan.

Kalau korang saje je nak buat blog untuk tatapan sendiri, syok sendiri ke korang takkan kisah pasal statistic semua ni..sebab korang memang ada minat menulis mungkin cuma korang belum nak serius lagi..ini yang dipanggil fasa pertama.. cewahh.. siap ada fasa pertama..

Tapi bila dah serius korang akan mula rasa betapa pentingnya statistic kat blog.. ni dah mula masuk fasa kedua..
Tanpa statistic PV,UV semua ibarat blog tak bernyawa yang tak membawa manfaat apa-apa pun..

Bila main statistick bagilah info menarik macam contoh kat atas pasal masak dan make up tu.. takpun korang cerita pengalaman korang belanja secara online.. macam mana korang settlekan ptptn ke... comfirm mencanak naikk..

Fasa ketiga ni maknanya korang dah mula serius dan bermain SEO. Bab ini kalau nak cerita memang panjang juga sampai sekrang pun aku masih belajar.. tapi secara basic SEO tu perlu tahu macam tajuk semua, content kena 300 perkataan ke atas dan banyak lagi..

Fasa ini kebanyakkan blogger mula menjadikan blog jadi simple sahaja takde meleret bagai dengan hiasan merapu dalam blog. Just basic dalam blog sudah cukup supaya speed blog laju. Kemudian mula cari domain sendiri. Dan fasa ini juga ada sebahagian blogger tukar platform kepada wordpress.  Komitment pun semakin tinggi sebab perlu bayar hosting dan domain untuk wordpress.

Setiap blogger ada cara yang tersendiri.

Tak ada Idea jangan push


Bila idea menulis dah tak ada?

Jangan sampai push diri sendiri setiap hari kena post kat blog.. kalau push sangat nanti asyik memikir memanjang je nak tulis tapi tak tahu nak tulis apa..

Just relax dan set dalam seminggu tu buat 3-4 post je pun dah cukup.... banyakkan blogwalking dan membaca serta berjalan-jalan cari makan ke.. nanti adalah tu idea datang..

lain lah kalau blog copy paste memang hari-hari post sebab copy paste web berita sana sini.. itu namanya kejar trafikk tak bertauliah.. hahah

Get notifications from this blog

14 comments

  1. Perkongsian menarik...nak jadi blogger kena ada target yg jelas...baru nampak sejauh mana matlamat kita...

    ReplyDelete
  2. Ada satu tahap tu aku memang sangat obses dengan statistik blog aku. Tapi bile aku fikir balik persoalan yang sama 'kenapa aku buat blog', aku kembali ke alam nyata..tak dinafikan statistik penting untuk blog tapi kalau asek pikir statistik je mau pening kepala..huhu

    ReplyDelete
  3. Setuju dik, kalau sekadar berblog nak kejar traffik memang tiada kepuasan dalam menulis, akak setuju dgn pendapat ini 100%

    ReplyDelete
  4. Saya perhatikan blogger yang berjaya dan ada kelas tersendiri ni asalnya banyak memberi

    Beri ruang untuk blogger lain

    Contohnya sampai sekarang Denaihati tetap memberi

    Ramai juga orang komen di sana. Salah satu sebabnya orang yang komen dapat backlink di komen

    lepas tu ada carta top 5 pengomen. Siap ada link ke artikel terbaru pengomen top 5

    Mungkin sebab tu sampai sekarang maskin ramai orang ke sana

    Ini pemerhatian saya lah

    Sebab memang tok guru kejayaan dunia dari barat cakap

    "What you give you get back more"

    ReplyDelete
  5. Buat blog untuk tambah pendapatan :)

    ReplyDelete
  6. Buat blog sebab nak seronok-seronok berkongsi info sambil buat sedikit side income..

    ReplyDelete
  7. kan.. sebab tu selalu tegur sape dengan blogger lain dengan blogwalking. hehe

    ReplyDelete
  8. aku anggap je diorang masih mentah dan masih belajar.

    senang cakap, baru kenal dunia.

    biasalah tu eksited sangat.

    itu je.

    ReplyDelete
  9. Awal2 buat blog sebab dok cerita pasal anak2.
    Sekarang dok cerita pasal produk yg Sue jual sambil selit macam2 cerita family.
    Kesimpulannya blog rojak! Heeee..

    ReplyDelete
  10. betul tu..nak jadi blogger kena ada matlamat. Kenapa perlu ada blog kan. Macm saya, bekerja dari rumah, jadi statistik tu sangat penting bagi saya

    ReplyDelete
  11. buat blog untuk berdakwah pun bagus..

    ceritakan kebesaran Allah SWT.

    ingatkan alam akhirat..

    dan sebagainya,

    ReplyDelete
  12. kan.. jarang orang buat juga pasal ini.

    ReplyDelete
  13. Pendapat sy, berblog ni adalah medium kita untuk berkongsi maklumat. Jadi kalau menulis sahaja tapi takde pembaca (trafik) agak sia-sia tu. Makanya trafik pun penting jugalah...

    Hehe

    ReplyDelete