√ Makan Mee Besen original popular di Melaka - Adarain

Makan Mee Besen original popular di Melaka

Mee besen original macam lain pula bunyinya kan? Takkan makan mee dalam besen plak kan.. geli plak makan mee macam tu.. eh! takdelah sampai macam tu sekali.. mee besen tu sekadar nama sahaja sebenarnya korang akan dapat makan mee dalam mangkuk besi yang besar.  Kiranya besen analogi tu dilihat betapa besarnya mangkuk tu korang makan nanti.

Minggu lepas jalan2x melaka lepas dah penat jalan tu nak cari lah pula makanan mana yang best kat melaka.. So, google la apa lagi kan..

Google punya google jumpa la mee besen boleh dikatakan setiap artikel mee besen terselit di antara makanan popular yang patut dicuba oleh orang luar..

Tempat tak ada lah susah mana nak cari.. guna google maps senang lah sampai ke sana..

Mee Besen Original Makan dalam mangkuk besar


Mee besen ni korang boleh pilih saiz.. sama ada korang nak small, medium, superbig dan jumbo.. Kalau nak makan 2 orang je better ambil medium pun dah cukup. Kalau 10 orang ambil set jumbo

Mee pula ada 4 jenis :

  1. Mee Soya

  2. Mee Kuning

  3. Mee Hoon

  4. Kuew Tiaw


sup pula sama ada korang nak sup ayam atau daging. kalau daging ada tambahan caj lain.

Aku pilih mee Soya sup ayam.. rupa mee soya tu macam spaghetti leper macam tu lah..

Makan Mee Besen original popular di Melaka

Waiter tu cakap dalam 15 minit baru siap tapi dalam beberapa minit dah sampai order. Boleh tahan cepat siap ingatkan lama nak kena tunggu maklumlah time aku datang tu memang ramai orang datang.

Makan Mee Besen original popular di Melaka

Rasa Mee Besen Macam mana?


Rasa mee besen macam korang makan sup ayam.. lebih kurang sama je rasa. Kedai ni buat SEDAP!. yang specialnya kedai ini makan dalam mangkuk besar tapi nanti dorang provide mangkuk kecil untuk makan secara individu nanti.. Takkanlah nak makan mangkuk besar plak kan..

[caption id="attachment_7446" align="aligncenter" width="720"]Makan Mee Besen original popular di Melaka Rupa Mee besen (Mee soya sup ayam untuk makan 2-3 orang)[/caption]

Alamat Mee Besen

no. 17, Jalan PNDD 1, Kampung Durian Daun Dalam, 75200 Melaka, Malaysia.

Boleh tengok Facebook Mee Besen [DISINI]

[caption id="attachment_7447" align="aligncenter" width="720"]Makan Mee Besen original popular di Melaka Gambar depan kedai[/caption]

Get notifications from this blog

6 comments

  1. Bestnya kalau dapat makan mee sup dalam besen ni secara beramai2.. datang bersama keluarga atau dengan kawan2.'

    ReplyDelete
  2. banyaknya portion dia, makan utk 2 orang ek

    ReplyDelete
  3. Wow ni kena makan 2-3 org baru boleh habis ni

    ReplyDelete
  4. memang kena makan 2-3 orang baru habis. hehe

    ReplyDelete
  5. aah kak.. besar portion dia..

    ReplyDelete
  6. Kreatif tuan kedai ni, tak payah nak beli mangkuk yang mahal

    ReplyDelete