Tuesday, 24 October 2017

Cara mohon bantuan elaun pekerja Oku Di JKM

Bantuan elaun pekerja Cacat - Mungkin ada yang tahu dan juga boleh jadi ada yang tak tahu tentang kewujudan elaun khas untuk pekerja cacat.

Elaun ini adalah Insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Membantu menampung keperluan hidup seharian dan meningkatkan taraf hidup OKU dalam masyarakat.

Logo JKM

Syarat Bantuan Elaun Pekerja Cacat


  • OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;

  • Bekerja sendiri atau dengan majikan;

  • Pendapatan di bawah RM1,200 sebulan

  • Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.

Kalau lepas dengan syarat yang dinyatakan kat atas bolehla terus memohon bantuan elaun pekerja cacat di Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)

Cara mohon bantuan elaun pekerja Cacat


  1. Pergi kaunter untuk mohon elaun EPC di mana2x cawangan JKM.

  2. Nanti akan diberikan Satu borang untuk mohon bantuan..

  3. Isilah borang maklumat biasanya ambil masa 1-2 hari untuk diselesaikan. Sebabnya perlukan maklumat keluarga termasuk No kad Pengenalan keluarga kemudian Bil api dan air rumah.

  4. Kemudian perlu sediakan salinan penyata pendapatan, sekiranya bekerja sendiri tak ada penyata pendapatan boleh buat akaun sumpah di pesuruhjaya sumpah. Nanti akan disediakan borang akuan bersumpah yang mengatakn korang bawah pendapatan sekian2x. tandangan semua..

  5. Dah complete semua..boleh terus hantar borang semula kat kaunter JKM..

  6. Semasa penyerahan borang tu nanti pegawai akan banyak tanya maknanya dia sedang temu duga anda..

  7. Settled

Keputusan Bila Bantuan elaun pekerja Cacat dapat?


Selepas borang diterima oleh pegawai jkm..

dalam masa 2 minggu pihak JKM akan siap disiasat. seterusnya pula adalah keputusan pemohonann akan diketahui dalam masa sebulan dari tarikh borang lengkap diterima..

Kiranya sebulan 2 minggu lebihnya baru dapat keputusan. Itu berdasarkan dari web JKM [DISINI]

Tetapi berdasarkan pengalaman mereka yang memohon bantuan elaun ini sebenarnya memakan masa 2 bulan lebih juga. Baru tahu sama ada lulus ataupun tidak.

Contoh bulan 8 hantar borang bulan 10 baru dapat keputusan. Dan bulan 11 baru dapat bantuan elaun sekiranya lulus.

Semakan boleh dilakukan [DISINI] dengan hanya memberikan No Kad Pengenalan untuk mengetahui keputusan sama ada masih dalam siasat ataum lulus.

Semoga bermanfaat kepada mereka yang mahu mohon EPC di JKM.

1 Comments

Terima kasih di atas perkongsian info.. semoga dapat membantu mereka yang memerlukan..