Tuesday, 16 January 2018

Pengalaman makan Pak John Steamboat Di Ioi City Mall

Pak John steamboat baru je buka cawangannya kat ioi city mall beberapa minggu yang lepas.. Lepas ini ada pilihan lah selain makan kat seoul garden steamboat. Tapi apa kelebihan Pak John steamboat berbanding dengan seoul gardern or dengan steamboat lain?

Apa yang bestnya Pak John Steamboat?


Pak John Steamboat menawarkan lebih dari 160 makanan dari pembuka makanan sehinggalah pencuci mulut..  Yang bestnya pak john ini dia ada macam-macam ayam yang disaluti pelbagai perasa. macam ayam madu yang tak ada kat seoul garden kalau tak silap..rasa pun sedap...macam2x makanan marine ada.

Dalaman kedai ini pun sangat menarik...dengan tema hitam..tempat pun agak besar.

bila korang masuk pintu ini korang boleh terus nampak makanan.. macam biasa kalau nak makan kena bayar dulu..

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu



buat masa ini tiada bayaran khas untuk student lagi. Yang ada bayaran Dewasa, budak dan OKU.

dan korang boleh pilih sama ada nak makan kat dalam kedai atau pun di luar kedai.  Memandangkan lokasi pak john berada di outside ioi city mall. Jadi senang nak makan kat luar kedai pak john.


yang lainnnya steamboat pak john ini tempat bbq-nya kat atas meja dan agak kecil sedikit nak ber-bbq kalau nak dibandingkan dengan seoul garden punya bbq

Overall makan kat sini memang best dan puas hati..layanan pun superbb..

Bila perut dah kenyang tetiba rasa menyesal pula makan steamboat. hahaha. nafsu makan punya pasal.

Lokasi Pak John Steamboat & BBQ


GE-11 Ground Floor, IOI City Mall, Putrajaya. kat bahagian luar. Landmark berhampiran dengan kedai magnum, tappers. Boleh rujuk facebook dorang [DISINI]

1 Comments

Sedapnya. Nanti dapat gaji ingat datang sini la. Hihi. :)