√ Apa yang Bestnya Pakai Air Fryer ni dan Tahan Lama ke? - Adarain

Apa yang Bestnya Pakai Air Fryer ni dan Tahan Lama ke?

Selama ini tengok je orang berkongsi tentang air fryer ni masak nugget la kentang la semua la dia sumbat. Masa tu belum mampu lagi Air Fryer ni jadi mampu tengok la.. macam best je sebab tak perlu nak goreng pakai minyak just masukkan mesin air fryer.


Beli Air Fryer kat Aeon Big 


Bila dah mampu nak beli air fryer mulalah gelabah tempat mana nak beli.. hahaha.. last decision aku buat ialah beli kat aeon Big .

Sebab apa Aeon Big?

Kalau korang nak beli barang elektronik murah sangatlah disarankan beli kat sini.. memang murah dan berbaloi. Sangat sesuai macam pasangan baru kahwin.. Setiap 28hb kalau tak silap ada potongan diskaun menarik. Memang kena grab.

Kekurangannya..

Aen Big terhad kat beberapa tempat je. macam Putrajaya dan Batu Pahat. Tak semua tempat ada.. 

Ok, berbalik pada topik kita pada Air Fryer. 

Dah sampai Aeon Big pening pula nak fikir mana satu brand air fryer nak beli.. padahal ada 2-3 brand je air fryer kat situ..

setakat ini tertarik dengan Air Fryer Midea dengan Philips. 

Air Fryer Midea murah anggaran harga RM200 lebih macam tu. Manakala Philips harga RM408 dan ada potongan diskaun lagi dapatlah RM375 macam tu.

Air Fryer Phulips
Kalau kat Aeon Mall besar tak dapat harga RM375. hari tu tengok RM600 lebih jual. Jadi memang sangat berbaloi beli kat sini Aeon Big. 

Fikir punya lama fikir aku ambil brand Philips Analogue Rapid Air Technology HD9216 atas suggestion promoter kat situ. 

kalau ikutkan takdelah beza banyak kualiti lebih kurang sama tetapi sebab pengaruh brand philips kuat jadi pilihlah dia. hehe.  

Apa yang Bestnya Pakai Air Fryer ?

Sampai je rumah terus test masak nugger kentang semua.. 

apa yang bestnya ialah kita tinggal set masa dan suhu je then kita biarkan sampailah air fryer berbunyi tanda dah selesai. 

then air fryer ada keluar asap sempoi pastu kuar plak bau2x kentang jadi tak sabar nak makan.. haha

Bila buka dia punya bekas tu memang excited.

kentang yang beku terus je masak tak payah tggu cair.
first kentang memang masak but lembik tak rangup kalau macam aku memang suka tp macam member aku tak suka sebab lembik. Even lembik tp sedap.

Tadaa..Kentang dah siap masak.. masak dalam suhu 180 darjah dengan set masa 12 minit macam tu
Then kedua pula masak ayam goreng segera..  

serius memang sedap gilerr.. rasa sangat cruncy berbanding dengan masak goreng minyak.. 

ada orang cakap pakai air fryer rasanya lain macam..

tapi bagi aku rasa sama je cuma takde minyak je. Terasa makan makanan sihat. haha

Jadi memang recommended untuk mereka yang macam teragak2x nak beli air fryer.

Ketahanan lama Air Fryer

So far, aku baca review semua katanya bergantung pada kegunaan kita seharian. tak ada complain cepat rosak pape ke untuk semua brand air fryer. Ada yang dah sampai guna 2 tahun masih ok lagi. Kira air fryer ni tahan lasak juga.

Mana-mana brand sebenarnya ok takde masalah pun. Baik kualiti cina ke tak cina ke semua ok je. 

Yang penting ikut kemampuan kita nak beli Air Fryer.

Get notifications from this blog

4 comments

  1. murahla harga air fryer ni, memang azam tahun ni nak turunkan berat badan, so memang kene jaga pemakanan, kurangkan makanan berminyak, emm nampak macam kene sambar air fryer satu ni

    ReplyDelete
  2. mcm2 lagi boleh masak dgn air fryer ni.. sangat membantu..

    ReplyDelete
  3. The heating element heats up the enclosed air inside the machine and the fan blows the hot air around. The food is cooked by this rapidly moving air striking it in all directions. healthy fryer

    ReplyDelete