Jom Bertukar dari Unifi ke Maxis Fibre
Selepas 2 tahun dengan unifi makan dengan ini takdelah terikat dengan kontrak dengan unifi dan aku bebas untuk pilih untuk stay atau tukar platform internet lain plak.
Kenapa tukar Unifi ke Maxis Fibre?
antara beberapa sebab aku tukar kepada maxis adalah disebabkan unifi sendiri yang bagi harga mencekik darah.. harga RM199 untuk 30mbps untuk customer lama manakalah customer baru boleh dapat harga murah Rm179 untuk 30mbps kelajuan yang sama. Memang sangat tak adil
Nak tunggu internet turbo tu memang lama lagi la jawabnya sebab duk umah apartment dan kebarangkalian nak dapat internet turbo tu mungkin tak dapat.
Maxis pula tawarkan harga RM89 untuk kelajuan 30mbps . Better tukar kepada maxis yang lebih murah..
Kekurangan Maxis Fibre
kalau nak compare dengan unifi dengan maxis, unifi advance skit sebab sekali pakej ada hyptv tapi maxis takde tv. Jadi nak kena langgan tv plak macam astro or njoi. Tu je kekurangannya.. Dari segi perkhidmatan plak macam dua2x sama je dapat yg teruk, teruk la service dapat yang ok, ok lah servicenya. last kontrak 2 tahun lagi. haha
kotak maxis fibre. |
Daftar Maxis ini senang je just pergi cawangan diorang dan bagi details alamat umah untuk check coverage umah korang ada tak fibre. kalau ada unifi comfirmlah boleh pasang maxis.
Biasa pemasangan maxis ke rumah dalam 14 hari atau 2 minggu macam tu. Agak lamalah. Takde bayaran installment apa semua. just korang bayar bulanan RM89 je.
plan maxis fibre |
Then baru lah korang boleh terminate unifi bila maxis dah pasang kat umah dan settle bayaran tertunggak Unifi. Pastu dalam masa sebulan lebih kena pulangkan balik moderm unifi kat unifi centre.
aku terminate unifi by twitter je senang just isi details yang diberikan. Kemudian nanti dia akan bagi notis. settled. Ikut je arahan yang diberikan oleh unifi. Cuma yang lecehnya kena pulangkan balik moderm unifi nanti.
Get notifications from this blog
cari yang murah aja biar irit
ReplyDelete