Dah lama tak pergi zoo negara last pergi pun masa time belajar kat universiti itu pun atas assignment subjek kena jadi sukarelawan kat Zoo Negara. Jadi adalah pengalaman sikit bersihkan kandang haiwan kat sana lagi-lagi najis haiwan.
Macam saya sendiri ditempatkan kat bahagian seladang memang padu ar baunya. hahaha. Nak2x plak kena bersihkan kawasan kandangnya dengan najis sekali.
itu satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Kali ini dah kerja teringin juga nak merasa sekali lagi tetapi sebagai pelawat kat zoo negara. Dan yang bestnya dapat tengok Panda sekali. Dah berapa tahun panda ada kat situ baru hari ni dapat lawat tengok panda.
Harga Tiket Zoo dah naik kepada RM43 berbanding sebelum ini RM41. Mungkin atas kos operasi semakin meningkat dan untuk mereka yang OKU adalah PERCUMA.
Harga tiket [DISINI]
Zoo Negara sekarang bukan dikendalikan oleh kerajaan tapi dikendalikan Pasukan Zoological Malaysia. Kira dah swasta.
Suasana Zoo Negara Terkini
Masih sama lagi keadaanya seperti sebelum ini cuma ada satu tempat istimewa baru khas untuk panda. Selain itu dapat lihat cheetah sekali rasanya sebelum ini tak ada..Time tengok panda tu memang teruja habis tak sangka ada 3 (tiga) Panda.
tido plak |
Panda macam nak berak ke tido |
Singa tengah berehat |
Badak air nak terjun masuk kolam. |
Ada banyak lagi gambar nak letak tp macam banyak sangat plak nak letak. cukuplah beberapa gambar untuk tatapan korang dan korang yang belum pergi tu pergila tengok zoo negara.
1 Comments
pandanya lucu ka.