Cara Semak Produk Kosmetik dan Ubatan

Pihak National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) telah melancarkan aplikasi (app phone) untuk pengguna memeriksa status pendaftaran ubat-ubatan atau produk kesihatan dan notifikasi produk kosmetik di Malaysia.

Aplikasi dikenali sebagai "NPRA Product Status" boleh didapati secara PERCUMA di Google Play Store (iOS belum dilancarkan lagi) melalui link berikut:
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.moh.npra.npraproductsearch

Cara Semak Produk Kosmetik dan Ubatan
NPRA Malaysia


Cara-cara penggunaan Untuk Semak Produk Kosmetik:

1. Pilih kategori produk yang ingin diperiksa sama ada produk tersebut produk
☑️ Pharmaceutical
☑️ Cosmetic

2. Pilih jenis carian berdasarkan apa sama berdasarkan
☑️ Product name
☑️ Product Registration Number
☑️ Holder Name
☑️ Manufacturer Name
☑️ Importer
☑️ Active Ingredient

3. Taip carian yang cuba dibuat berdasarkan pilihan yang dibuat sebelum ini. Sebagai contoh taip nama jika anda memilih "Product Name". Contohnya "Panadol" kemudian klik pada butang "Search".

4. Hasil carian akan keluar jika produk tersebut berdaftar atau bernotifikasi dengan KKM.

5. "No results found, please search again" akan dinyatakan jika produk yang dicari tidak berdaftar atau bernotifikasi dengan KKM. Sebagai contoh tiada produk yang bernama Seri Dewi yang berdaftar dengan KKM.

Semoga aplikasi ini dapat membantu orang ramai dalam menentukan ubat-ubatan, produk kesihatan dan kosmetik apa yang ingin digunakan.

Pastikan ubat-ubatan dan produk kesihatan yang ingin digunakan berdaftar dengan KKM manakala produk kosmetik pula bernotifikasi dengan KKM.

Hanya ubat-ubatan dan produk kesihatan yang berdaftar dengan KKM dijamin selamat, berkesan dan berkualiti.

Ubat-ubatan dan produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan KKM dibimbangi mengandungi bahan terlarang atau sekadar penipuan yang boleh membahayakan kesihatan dan menggugat nyawa jika digunakan.

Selamat mencuba aplikasi baru ini!
Cara Semak Produk Kosmetik dan Ubatan Cara Semak Produk Kosmetik dan Ubatan Reviewed by Adarain Channel on February 19, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.