Seramai 3,000 peminat dari dalam dengara dan luar negara telah hadir menyaksikan konsert siti Nurhaliza yang berlangsung di Istora Senayan Jakarta.
![]() |
Pembukaan Konsert Siti Nurhaliza On Tour Dengan lagu irama Tradisional |
“Indonesia begitu istimewa di hati saya, bagaikan rumah kedua untuk saya. Malah Indonesia merupakan lokasi pertama untuk jelajah kali ini,” kata Siti ketika membuka tirai persembahan.Siti Nurhaliza membuka tirai persembahannya dengan lagu irama tradisional yang pernah popular di Indonesia seperti Cindai, Badarsila, Nirmala, Joget kasih tak sudah dan banyak lagi.
![]() |
Aksi memukau Siti Nurhaliza |
Seterusnya menyambung dengan persembahan akustik dan moden.
Artis jemputan kali ini adalah Tulus yang digandingkan bersama menerusi lagu Seindah Bersama.
Sepanjang konsert tersebut berlangsung rata-rata peminat beliau memberi sorakan tanda sokongan dan gembira dengan persembahan beliau.
Bagi sesiapa yang tidak dapat melihat persembahan beliau di jakarta jangan lupa untuk dapatkan tiket persembahan seterusnya di Singapora 2 Mac dan 16 Mac di Malaysia.
Apa yang lebih menariknya adalah beliau akan kembali ke Royal Albert Hall, London buat kali kedua pada 22 April ini.
Keseluruhan jelajah Siti Nurhaliza on Tour akan dirakam dan diterbitkan sebuah dokumentari berjudul They Call Me Siti.
1 Comments
siti noor memang populer di indonesia