Lagu Berkhemah Si Nopal Popular Terjebak Nyanyi Sekali

Sejak kebelakangan ni ramai mula update status berkenaan dengan lagu berkhemah yang menjadi sebutan orang ramai. Sampaikan ramai yang terikut-ikut untuk menyanyi sekali lagu ini.. Agak berhantu jugalah lagu ni..

siapa search lagu ni comfirm lagu ini akan melekat-lekat kat kepala korang.. haha

berkhemah.. berkhemah..
berkhemah sama si nopal.. si nopal, si nopal,
anaknya bahenol
bahenol.. bahenol..bahenol...
yeihhh..

Tentang Si Nopal dan Cute Girl

Watak si Nopal ini mula wujud sejak tahun 2014 lagi dengan komik sebelum wujudnya video. Komik ini berkisar dari pengalaman dan kehidupan yang ada disekeliling kartunis.

Kalau nak diikutkan dulu watak cute girl ada mata dan hidung dan sekarang untuk versi video dah tak ada mata. Dah tak de bentuk muka. haha

Selain popular di media sosial, kartunis juga pernah menghasilkan komik komedi yang telah dicetak ke dalam format buku. Buku ini telah menampilkan pelbagai pilihan yang telah dikeluarkan di akaun media sosial si Nopal. Isinya terkandung dari cerita lawak umum sehinggalah lawak k-pop. 

komik si nopal
Buku ini telah mula diterbitkan pada tahun lepas 19 oktober 2018 yang memiliki 132 halaman dengan format full colour. Dan buku ini hanya diterbitkan di Indonesia sahaja. 

Sekarang, Si Nopal makin kehadapan dengan buat video yang mencuit hati orang ramai sehingga popular di Malaysia sekarang. 

cute girl dengan pujaan hatinya.
Boleh join akaun instagram Si Nopal [DISINI]
Lagu Berkhemah Si Nopal Popular Terjebak Nyanyi Sekali Lagu Berkhemah Si Nopal Popular Terjebak Nyanyi Sekali Reviewed by adarain on February 09, 2019 Rating: 5

3 comments:

  1. anak-anak akak pun duk nyanyi-nyayi lagu. Memula ingatkan lagu apalah, rupanya si nopal ni ya

    ReplyDelete
  2. hari ni masuk sekolah setelah sekian lama bercuti, naik lagu pergi sekolah si nopal jangan menyerah hihi

    ReplyDelete
  3. balik kampong hari tu, baru dengar anak2 buah menyanyi.. kita pun search la. rupanya dari komik.. huhu suka jgak dengarnya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.