√ Konsert Siti Nurhaliza On Tour Di Jakarta Mendapat Reaksi Memukau - Adarain

Konsert Siti Nurhaliza On Tour Di Jakarta Mendapat Reaksi Memukau

Penyanyi popular Negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membuka tirai pentas jelajah tiga negara asianya di Jakarta, Indonesia pada 21 Mac 2019 (Khamis)

Seramai 3,000 peminat dari dalam dengara dan luar negara telah hadir menyaksikan konsert siti Nurhaliza yang berlangsung di Istora Senayan Jakarta.

Pembukaan Konsert Siti Nurhaliza On Tour Dengan lagu irama Tradisional
Selepas enam (6) tahun tidak membuat persembahan berskala besar di Indonesia kini kembali dengan aksi persembahan yang penuh bertenaga khas buat peminat yang merindui suaranya.

“Indonesia begitu istimewa di hati saya, bagaikan rumah kedua untuk saya. Malah Indonesia merupakan lokasi pertama untuk jelajah kali ini,” kata Siti ketika membuka tirai persembahan.
Siti Nurhaliza membuka tirai persembahannya dengan lagu irama tradisional yang pernah popular di Indonesia seperti Cindai, Badarsila, Nirmala, Joget kasih tak sudah dan banyak lagi.

Konsert Siti Nurhaliza On Tour Di Jakarta Mendapat Reaksi Memukau
Aksi memukau Siti Nurhaliza
kemudian beliau mempersembahkan lagu-lagu 90an yang menjadikan beliau popular di serantau asia dan terus menjadi menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang zaman.

Seterusnya menyambung dengan persembahan akustik dan moden.

Artis jemputan kali ini adalah Tulus yang digandingkan bersama menerusi lagu Seindah Bersama.

Sepanjang konsert tersebut berlangsung rata-rata peminat beliau memberi sorakan tanda sokongan dan gembira dengan persembahan beliau.

Bagi sesiapa yang tidak dapat melihat persembahan beliau di jakarta jangan lupa untuk dapatkan tiket persembahan seterusnya di Singapora 2 Mac dan 16 Mac di Malaysia.

Apa yang lebih menariknya adalah beliau akan kembali ke Royal Albert Hall, London buat kali kedua pada 22 April ini.

Keseluruhan jelajah Siti Nurhaliza on Tour akan dirakam dan diterbitkan sebuah dokumentari berjudul They Call Me Siti.

Get notifications from this blog

1 comment