Tak Sempat Bukak Helmet Terus Berbuka Puasa antara Cabaran Kerja Delivery Food
Sedang berlegar di kalangan netizens Cina Malaysia; seorang Muslim Melayu sedang mencuri masa waktu kerja untuk berbuka puasa, makan tak sampai 10 minit, helmet tak sempat bukak, beliau bergegas terus hantar makanan pelanggan.
Dalam ruangan komen, kata-kata semangat diberikan kepada beliau untuk teruskan hidup, untuk terus semangat, untuk tidak mudah putus asa.
习惯就好。--- Alah bisa, tegal biasa.
Dah terbiasa nanti, okaylah.Ada satu jenis prinsip hidup orang Cina ni, aku praktikkan dalam hidup: orang yang dah biasa hidup susah, dia akan terus jalan ke depan, tak merungut, tak menoleh, terus ke depan.
Alhamdulillah, aku dari profession seorang guru/penterjemah berjaya masuk dalam bidang perniagaan, aku nampak sendiri prinsip yang sama anak-anak muda Melayu amalkan, alah bisa, tegal biasa. Jangan merungut dalam niaga, jangan complaint hidup susah, jalan terus.
辛苦了,加油! --- Awak dah cuba yang terbaik, teruskan! Semangatlah!
Dalam post tersebut, ramai Cina meninggalkan komen bahawa kerja buat delivery ni susah dan perit, hadap hujan hadap panas, mereka berterima kasih kepada semua delivery boys di luar.
Dalam post tersebut juga, mereka menjelaskan kepada bangsa mereka sendiri, apa itu puasa, jam berapa Muslim berbuka, dan sebagainya.
Ada juga, yang menyarankan kepada semua supaya bagi ruang sedikit jika makanan yang dihantar ada sedikit kelewatan, lagi-lagi di bulan puasa ni. Ada yang sampai rasa bersalah sebab order makanan waktu orang lain nak berbuka puasa.
Dah 2019 ni, orang Melayu tidak terkebelakang dalam hal kerajinan, orang Melayu tak mundur dalam hal mencari kerja, orang Melayu tak malas seperti yang digembar-gemburkan.
Menjadi kewajipan kita, untuk sebarkan kerajinan orang kita yang kita nampak, supaya dari situ kita dapat inspirasi untuk terus maju ke depan, untuk tidak lagi merungut.
Kalau kau ternampak ada orang kita yang banting tulang meneruskan hidup dalam kesusahan, kongsikanlah ke aku, KERANA MEREKA ITULAH INSPIRASI.
马来哥,辛苦了!
Tulisan brother Teik:
"Bukan senang nak jadi orang, pabila orang lain sedang enak menikmati buka puasa, dengan hidangan yang sedap-sedap, ada orang tersorok di sudut bangunan berbuka sendirian, nak berbuka dekat tempat yang sederhana selesa pun tak dapat. Sudah tu, habis berbuka, terus bergegas hantar makanan.
Mungkin engkau bukan orang yang paling berjaya, tapi asal kau terus rajin berjuang, aku percaya engkau akan berjaya!
Aku tak kenal kau, tapi aku doakan engkau. Kerajinan engkau adalah inspirasi aku, dan aku tabik hormat untuk itu! Semangatlah!"
Get notifications from this blog