√ Drama Black Mirror Memaparkan Bahana teknologi Dalam Kehidupan - Adarain

Drama Black Mirror Memaparkan Bahana teknologi Dalam Kehidupan

Black Mirror merupakan salah satu drama popular yang hanya terdapat kat Netflix sahaja. Kalau nak tengok cerita ini kenalah download netflix kat tv or hp. Ada caj tapi kalau first time free untuk sebulan kemudian lepas sebulan boleh pilih sama ada sambung nak bayar ke tak..

Tentang Black Mirror

Black mirror ini memaparkan setiap episode yang berlainan kisah ceritanya dan berkaitan dengan teknologi ala futuristik. Jadi memang best lah setiap episode lain ceritanya dan kisahnya takdelah nak menunggu episode akan datang.. Dia tak macam drama berseason lain. 

Drama Black Mirror Memaparkan Bahana teknologi Dalam Kehidupan
blac mirror di Netflix


Apa Yang Bestnya Tentang Black Mirror


Setiap episode berlainan kisahnya dan unik jalan ceritanya. Kisah pertama pasal peranan sosial media yang membawa padah, kisah kedua pasal addicted game, app dating dan banyak lagi lah. 

Bestnya drama ni sebab stiap episode ending ni, tak taulah sama ada nak katakan happy ke or sad ending ke. Dan ending tu kadang-kadang ada plot twist. Kadang agak mindblowing gak, tak terjangkau macam tu je endingnya

Itu yang korang akan rasa macam nak tonton lagi untuk episode yang lain sebab nak tahu apa plak kes pelik pasni..

Tak boleh nak tengok cerita ni berturut sangat sebab bagi saya sendiri cerita ini agak berat kena rehat sat besok sambung balik tengok cerita ini..

Bahana Teknologi Dalam Kehidupan


Drama ini walaupun tema fiction gelap tapi Saya rasa black mirror ini cuba nak sampaikan mesej tentang keburukan teknologi yang canggih selain dari kebaikan teknologi yang ada. 

Sebagai contoh macam kisah pertama ni.. suka tengok benda tak senonoh kat laptop tetiba ada malware dan ntah macam mana hacker ni ada video tak senonoh yang dirakam kat laptop milik dia ni.. memang terkejut beroklah dia ni. So, hacker ni bagi arahan kena buat apa yang dia suruh melalui mesej, kalau tak dia akan sebarkan video tak senonoh kat rakan or family dia.. memang gelabah la jawabnya.. arahan plak tak masuk akal.. 

Drama Black Mirror Memaparkan Bahana teknologi Dalam Kehidupan
Boleh tengok tajuk shut up and dance (season 3 episode 3) utk kisah pertama 
ending macam celaka. jadi make sure tutup la kamera kat laptop. haha

Kisah kedua plak terlalu addict main game sampai dia termasuk dalam game tu buat selama-lamanya tak boleh keluar then mati. Kira game teknologi masa akan datang boleh main game macam real dalam minda.. 

Kisah Ketiga pula pasal setiap orang ada kanta mata siap boleh record video kot apa yang kita lihat.. Boleh record, save dan rewind balik apa yang kita lihat sebelum ini dengan hanya menggunakan kanta mata sahaja. Hebat tak hebat.. 

Tapi disebabkan teknologi ni lah 2 pasangan berbahagia gaduh. Si suami bengang dengan isteri yang agak mesra dengan rakan laki lama isterinya. Balik umah ungkit kat isterinya then rewind balik apa yang dia nampak then pancarkan video kat projector. Even benda kecil boleh jadi besar gara-gara kanta mata yang boleh record bagai setiap masa. 

===

Banyak lagi kisah menarik boleh tengok kat Netflix. Cerita ini untuk 18 tahun ke atas je boleh tengok tak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur. Cerita tiada tapisan. 

Sekarang dah season 5 serta dibarisi pelakon terkenal miley cyrus dan Anthony Mackie yang berlakon kat captain America tu. 

Get notifications from this blog

1 comment