Kecewa apa yang kita harapkan tak selalunya dapat - adarain

Thursday, 21 December 2017

Kecewa apa yang kita harapkan tak selalunya dapat

Kita tidak boleh sentiasa gembira. Ada harinya, akan ada "BAD DAY", di mana kau kecewa dengan segala yang kau harapkan, di mana kau terduduk dengan keputusan dunia yang tidak seperti kau impikan.


Dan jika kau rasa BAD DAY, jangan rasa kau seorang sahaja yang rasa, aku juga rasa, mereka juga rasa dan COCO A LOT OF MIX juga ada mengalaminya. Tidak gembira itu adalah perasaan yang semua manusia akan rasa, tiada manusia bernyawa yang terkecuali.


Jangan takut untuk rasa tidak gembira kerna tidak gembira itu juga banyak mengajar kau tentang kehidupan. Buat kau lebih menghargai, buat kau lebih mengenali diri kau dan lebih menjadi diri kau dalam dunia ini.


Apa yang kita harapkan tak selalunya dapat

Apabila kau mengalami BAD DAY, pesanlah pada diri,


"Allah mahu ajar kau something yang kau tidak pernah rasa dan di setiap kali BAD DAY yang kau rasa, Tuhan akan gantikan dengan 100 kebahagiaan jika kau bersabar dan percaya pada-Nya"


Jika rasa sedih dan kecewa, pergilah berehat, pergilah fikir semula. Itu hikmah yang Tuhan mahu kau rasa. Dan jika kau rasa setiap hari "bad day", tanyalah pada diri,


"sampai bila aku mahu menyeksa hidup aku dengan rasa aku berhak hidup dalam kekecewaan sepanjang masa."


Percaya pada diri kau apabila manusia lain kata sebaliknya. Ya, mereka kejam. Dan kau lagi kejam jika kau percaya kata mereka.


Hidup ini kau yang lakukan limitasinya. Jika kau kata kau hanya layak takat itu, sekecil itu, maka kau hanya akan punya itu.


Tapi jika kau rasa dan kata kau mampu dapat yang paling elok, paling bahagia, maka itulah yang selayaknya kau peroleh.


Carilah member yang boleh mendengar luahan hati dengan seikhlas hati.. kalau kau rasa member kau macam tak boleh terima atau seakan-akan tak ikhlas mendengar luahan kau... kau jauhilah dia dan abaikan... carilah sehinggalah kau rasa kau jumpa orang yang ikhlas dengan luahan hati kau.. dari situ kau akan dapat kekuatan baru dan semangat untuk terus bahagia.

Hidup ini harusnya berani mati. Kita hanya hidup sekali dan esok boleh jadi ajalnya kita. Jadi, hiduplah sebetul-betulnya dan usah hidup di impian manusia lain.


Mulut jahat manusia, itu kerja Tuhan untuk membalasnya. Kerja kau hanya perlu hidup dan usah melayan. Itu cara untuk bahagia, itu cara untuk hidup semoleknya.


Comments

2 komentar

sebab itu, belajar selalu bersyukur dan berdoalah selalu agar apa yang kita mahu akan dipenuhi.

Itu normal. Kena sentiasa bersyukur apa yang kita ada. Selalunya macam tu la. Tak selalu dapat apa yang kita nak.


EmoticonEmoticon