Tanggungjawab Pemegang Kad Debit dan Kredit Supaya Duit Dalam Akaun Tak Hilang
Baru-baru ini banyak cerita kita dengar pasal pengguna yang mengalami masalah kehilangan duit dalam akaun hilang secara tiba-tiba atau duit dalam akaun kena curi senyap-senyap tanpa sedar. Keadaan ini juga menyebabkan panik kepada orang ramai yang beranggapan bahawan simpan di akaun bank tidak selamat dan perlu simpan duit di rumah.
Bayangkan kalau simpan duit kat rumah puluhan ribu kat rumah kemudian rumah terbakar pula memang hangus la duit korang.
Gambar sekadar hiasan |
Tanggungjawab Pemegang Kad Debit dan Kredit
Sebagai pemegang kad Debit dan Kredit, korang perlu memahami tangunggjawab dan liabiliti untuk menghapuskan serta mengurangkan risiko transaksi atau urus niaga tanpa kebenaran akibat kehilangan, kecurian dan penipuan kad.
- Mematuhi terma dan syarat-syarat penggunaan kad debit dan kredit
- Mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan kad debit atau kad kredit serta pin korang selamat sepanjang masa termasuk di kediaman,
- Memaklumkan pada pihak bank sebaik sahaja selepas mendapati bahawa kad korang telah hilang atau dicuri atau transaksi yang tidak sah telah berlaku atau pin korang mungkin disalahguna.
- Memaklumkan kepada bank negara dengan serta merta apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berkenaan dengan amaran urus niaga tanpa kebenaran berlaku.
- Memaklumkan kepada pihak bank sebarang perubahan maklumat bagi memastikan semua urusan surat-menyurat dan amaran transaksi sampai kepada korang tepat pada masanya.
Jangan Lakukan Perkara seperti Ini
- Jangan Mendedahkan Butir-butir kad atau PIN kepada orang lain.
- Jangan Menulis atau merekodkan PIN kad debit atau kredit atau apa sahaja yang disimpan di kawasan berdekatan dengan kad.
- Jangan Menggunakan tarikh lahir, no. kad pengenalan, passport, lesen memandu atau no telefon sebagai PIN.
- Jangan membenarkan orang lain mengunakan kad debit atau kredit dan PIN korang.
Tambahan jangan link-kan kad debit/kredit dengan mana-mana e-wallet yang semakin hari semakin banyak perkhidmatan disediakan. Ini sebagai langkah yang lebih selamat supaya duit dalam tidak hilang tanpa kebenaran.
Get notifications from this blog