√ Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia - Adarain

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia

Alhamdulillah diberi kesempatan menunaikan umrah bersama dengan keluarga serta saudara yang lain.. Satu perasaan yang sangat teruja sebab memang dah lama teringin nak pergi cuma keadaan dan kewangan yang tidak mengizinkan. Kemudian pula ramai yang share pengalaman pergi umrah lagilah bertambah teruja nak pergi menunaikan umrah.

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia
orang ramai melakukan tawaf

Kami sekeluarga mengambil pakej dari Andalusia. Company Andalusia ini ramai yang dah tahu antara yang famous jadi tak ada masalah isu kena tipu ke apa semua.. just tinggal pilih pakej yang kita nak untuk menunaikan umrah nanti.

Bermula Perjalanan dari Madinah ke Mekah


Kalau mengikut jadual perjalanan ke sana nanti kami menetap selama 10/11 hari macam tu melalui penerbangan MAS.

Penerbangan kami akan sampai di Madinah terlebih dahulu tapi tak menetap dulu di Madiah tetapi terus ke Mekkah. Agak pelik sikit sebab kenapa tak landing kat Jeddah dulu kalau nak ke Mekah dan alasan Andalusia masa tu gara-gara MAS tak dapat 'lampu hijau' dari lapangan terbang Jeddah jadi terpaksa landing di Madinah terlebih dahulu.

Penerbangan Malaysia ke Madinah mengambil masa 8 jam. Kat dalam MAS tu korang boleh tengok movie screen hadapan korang kemudian dapat makanan 2 kali iaitu makanan arab.

Sampai Madinah masa tu waktu malam kemudian cari bag bagasi dan terus cari bas serta berangkat ke Mekah. Perjalanan Madinah ke Mekah adalah lebih kurang 6 jam lamanya. Sebelum ke Mekkah bermiqat dulu di Masjid Bir Ali untuk menukar pakai ke pakaian Ihram serta berniat untuk menunaikan umrah nanti di Mekah. Nanti akan ada mutawif yang akan ajar niat lagi-lagi untuk perempuan.

Bila dah bermulanya niat kita menunaikan umrah maka kita dah termaktub dalam pantang larang Ihram. Ada 13 pantang laram Ihram yang perlu dijaga. Sekiranya tidak dijaga maka kita akan dikenakan dam.

Sampai Mekah time tu dah waktu Subuh jadi kitaorang check in hotel dulu. Nama Hotel kita adalah Hotel Safwa Orkid (Hotel 5 Bintang) berdekatan dengan dataran Masjid Mekah. Kemudian selepas solat subuh dan serapan terus menunaikan Umrah diiringi oleh mutawwif.

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia
keadaan dalam bilik.. 1 bilik 4 orang ada 4 katil. Memang seleasa. 

Masa solat subuh kat Mekah tu memang dah teruja dapat tengok kaabah depan mata sendiri. Kemudian abah pula time tu ajak jalan2x tempat tawaf dan sai. Abah memang dah tahu tempat tawaf dan sai sebab dah pernah pergi umrah kan sebelum ini jadi kita ikutkan. Dah melawat terus serapan kemudian buat umrah bersama group yang lain dan mutawwif. 

Mutawwif akan bagi penerangan ketika nak tawaf dan bermula di mana. Kemudian bacaan yang perlu dibaca.. tapi menurut mutawwif tak perlu pun ikut bacaan doa yang terlalu panjang kat bukut tu memadailah kita baca selawat dan doa untuk diri kita sendiri serta keluarga. Paling ringkas doa antara dua sujud pun sudah memadai.

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia
keadaan di hadapan Kaabah

Alhamdulillah tak ada yang terpisah ketika melakukan tawaf sebab masa tu tak ramai sangat ketika melakukan tawaf.

Selesai pusing 7 kali pusangan tawaf kemudian buat solat sunat tawaf. Dah solat sunat tawaf kemudian terus menuju ke tempat sai. tak jauh sangat lebih kurang 3-5 minit dah sampai dalam.kawasan masjid kaabah juga kiranya.

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia
tempat sai
Sai antara safa dan marwa inilah antara yang paling mencabar sebab dia punya jauh tu tak boleh bawa berbincang. Memang sangat penat dan mencabar. Juga 7 kali pusingan. Kalau nampak lampu hijau panjang kat atas bumbung disunatkan berlari anak bagi kaum lelaki sahaja.

Pengorbanan seorang ibu Siti hajar yang terpaksa berulang-alik mencari air. Jarak antara safa dan marwa lebih kurang 450 meter. 

Selesai bersai kemudian bertahalul iaitu dengan mengunting rambut 3 helai rambut. Jadi bawalah gunting siap2x sendiri kemudian dah habis sai masa tu sebelum nak keluar tempat sai senang boleh gunting rambut sendiri atau suruh orang lain guntingkan pun boleh. Nanti akan ada orang nak pijam gunting rambut jadi bagi jelah gunting.

Maka selesailah dari pantang larang berihram dan menunaikan umrah.

Aktiviti Ziarah Di Mekah

Selepas 1 hari berada di Mekah, agent biasanya ada jadual tertentu untuk melakukan aktiviti berziarah di tempat yang popular seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, taif dan banyak lagi. Nanti akan dibincangkan kemudian untuk next post ya.

Selebihnya adalah aktivit bebas bermaksud kita boleh melakukan apa jua aktiviti sendiri macam nak shopping ke or nak beribadah ke..

Shopping di Mekah Ke Madinah?


Berkenaan dengan shopping bagi aku sendiri kat mekkah pun ok je design lagi more up to date kalau nak dibandingkan dengan Madinah. Terpulang kat korang nanti kalau dapat pergi ke sini nanti. Harga pun ada je yang murah..

kat sini susah nak dapat tawar menawar. kalau dapat murah nasiblah. Orang arab kat sini macam tak berapa nak layan tawar menawar ni..krang dia katanya kita ni bakhil (kedekut)

==

Sebelum meninggalkan mekah untuk menuju ke Madinah wajib buat tawaf wada (selamat pulang). juga ada beberapa pantang larang tapi tak banyak dan tawaf wada kita boleh pakai baju biasa.



Get notifications from this blog