Saturday, 16 November 2019

Pengalaman Menginap The Lace Boutique Hotel di Johor Bahru

The Lace Boutique Hotel antara hotel yang aku suka sebab dekorasi dalaman memang ada kelainan dan nampak mewah kalau nak di bandingkan dengan hotel-hotel yang lain. Ala-ala Istana.

Tempah bilik hotel untuk 3 orang tapi dalam bilik hotel yang boleh duduk lebih dari 3 orang.. Dalam 5 orang boleh duduk bilik hotel ni.

Gambar Bilik The Lace Boutique Hotel


Katil queen di bilik pertama.. 

Ada 2 katil single di bilik yang kedua.

Ni bahagian ruang tamu.. Siap ada ruang tamu tu. 

Pastu ada bahagian dapur lupa nak ambil gambar. Ada kettle siap ada oven sekali.. ko raseww. pastu ada pinggan plak tu. Cawan tu dah biasa memang ada kat hotel. 

Itu belum masuk lagi bhgian tandas.. Cantik ada tab sekali. Konsep warna emas vintage tandasnya. 

Memang sangat puas hati sebab diluar jangkaan. Bilik macam bilik suite punya style. 

Kemudian swimming pool pula tingkat atas sekali. Best sebab tak ada orang.. 

Harga pula time tu booking online dalam RM300 lebih macam tu kira berbaloilah untuk 3 hari 2 malam... Tapi sekarang dorang dah naik harga dalam RM500 (3hari 2 mlm)ke atas macam tu.

Cuma yang tak bestnya tempat hotel ni tak berapa nak strategic sangat macam korang nak makan ke nak pergi beli barang kena keluar jauh sikit. Breakfast kat sini pun rasanya memang tak ada..

Dipuji tak terbang, Dihina tak tumbang. Pasti bangkit!

Comments


EmoticonEmoticon