Tuesday, 19 November 2019

Resepi Mudah Ayam Tandoori Macam Kedai Mamak

Geram je tengok ayam kat kedai mamak kan... Kalau kedai melayu semua buat ayam goreng biasalah ada yang goreng kunyit ada yang goreng crispy ada yang goreng ala kfc. Tapi ayam goreng macam mamak buat, takde kedai melayu buat lagi..Jarang la..  Jadinya mehla kita buat sendiri.

Percubaan kali pertama Ayam Tandoori rasa mcm mkn kat mamak rasa juicy kat dalam. Resepi ada kat bawah..

Ayam Tandoori Marvelous


Resepi Mudah Ayam Tandoori 


  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 biji bawang besar
  • 10 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 biji buah pelaga
  • Daun ketumbar
  • 1 biji jus lemon
  • 1 cawan greek/plain yogurt
  • Sedikit pewarna merah
akan jadi macam ni..


Caranya adalah :

  • Campur semua bahan di atas dan kisar halus.
  • Gaul dgn ayam (seekor potong 4, dan kelar2) dan perap 5 jam/lebih dalam aluminium foil.
  • Bakar dlm loyang (tanpa foil) suhu 180°c dalam sejam atau sehingga masak. Nak goreng pun boleh.

Resepi masakan ini adalah dari fatimah saari. Semoga memberi manfaat kepada semua yang ingin mencari resepi mudah tapi sedap.

Dipuji tak terbang, Dihina tak tumbang. Pasti bangkit!

Comments


EmoticonEmoticon