√ Review Drama Bersiri Netflix Lost In Space - Adarain

Review Drama Bersiri Netflix Lost In Space

Lost in Space merupakan salah satu Drama bersiri Netflix yang telah mula disiarkan pada tahun 2018 dan kini dah masuk season 2. Setiap season ada 10 episode sahaja..

Lost in space ini adalah merupakan remake kepada drama terdahulu pada tahun 1965 dengan tajuk yang nama juga yang mana diilhamkan dari novel The Swiss Family Robinson pada tahun 1812

Sinopsis Lost In Space


Mengisahkan sekeluarga mengembara alam angkasa mencari dunia baru untuk didiami ekoran tempat dorang mengalami impak ekosistem yang tidak stabil menjadikan tempat mereka bakal hancur.

Dalam pencarian yang penuh misteri salah satu budak kira anak bongsu keluarga ni terjumpa satu robot yang dikatakan menjadi salah satu punca kehancuran pada planet mereka dan tempat tinggal dorang (ala2x ISS) kat angkasa.

Tapi satu robot ini lain dari robot lain sebab sangat baik dengan budak ini kemudian mendengar arahan dari budak tu je, Kira Robot ini sanggup melindungi budak ni dari apa jua bahaya. Sehinggalah 'bela' robot tak mendapat restu dari keluarga budak ni sebab robot ni merbahaya..

Keluarga ini memutuskan untuk budak ini hancurkan robot ini. Lalu robot ini hancur tapi berjaya dipasang semula oleh orang jahat. Sekarang jadi milik orang jahat.

Untuk seterusnya korang kena tengok sendiri cerita ini kat Netflix.

sumber gambar dari Netflix



Review Drama Bersiri Netflix Lost In Space

Aku sendiri memang minat dengan movie atau apa jua drama yang melibatkan angkasa dan galaksi. 

Bila aku tengok tajuk drama ni Lost in Space mmg comfirm pasal tersesat punya kat angkasa. 

Tajuk je simple tapi jalan cerita dia boleh buat korang rasa nak tengok next episode. sampai korang rasa stress episode dah habis nak kena tunggu season akan datang pula. 

Penuh dengan babak suspen berdebar-debar pun ada. Then korang boleh nampak macam mana dorang strunggle untuk meneruskan hidup kat planet yang baru dorang jumpa. Feeling geram pun ada dengan orang jahat aka macam 'parasit' dalam family dorang ni. 

CGI pun awesome nampak real walaupun nampak sikit cartoonya

Salah satu drama bersiri adventure yang paling best kalau nak dibandingkan dengan drama bersiri netflix yang lain pasal angkasa ni.

John Robinson ketua keluarga selalu beri semangat


Maureen Robinson isteri John Robinson.. 
Sorang enginer aerospace.. Kalau takde dia ni memang tak boleh survive keluarga dorang ni. Tungak utama

sumber gambar dari Netflix
gambar kiri anak agkat keluarga Robinson dan kerja doktor.. muda2x dah jadi doktor. Gambar kanan tu watak Pencuri identiti sebagai dr terapi

sumber gambar dari Netflix
Gambar kiri anak bongsu dan gambar kanan anak sulong keluarga Robinson



Get notifications from this blog