Apa yang terjadi adalah, air dalam badan akan hilang akibat berpeluh kerana terdedah dengan suhu tinggi. Memang berat badan turun tetapi ia kerana kehilangan air dalam badan.
Beberapa artikel menyatakan terdapat pembakaran kalori tetapi tidak terlalu banyak, mungkin dalam 60-80 kalori sahaja untuk 30 minit di dalam sauna, tidaklah seperti yang dibesar-besarkan boleh mencapai lebih 300-500 kalori. Selebihnya adalah berat hilang akibat berpeluh tadi.
sekadar gambar hiasan |
Cara yang tarbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan membuat senaman kardio dan senaman rintangan (resistance exercise) di samping menjaga pemakanan yang lebih sihat.
Senaman kardio meningkatkan denyutan jantung dan lebih banyak oksigen dihantar ke sel-sel dan meningkatkan metabolisme badan akhirnya lemak dibakar.
Resistance exercise pula akan membentuk lebih banyak otot yang akhirnya membantu di dalam meningkatkan metabolisme badan dan membakar lebih banyak lemak.
Tidak dilupai adalah menjaga asupan kalori per hari, ini yang lebih penting.
Kesimpulannya, sauna mampu membakar lemak adalah mitos. Berat turun hanyalah kerana air hilang daripada badan.
Bersenam rutin dan jaga pemakanan, ini adalah kunci menurunkan berat badan.
1 Comments
better exercise jer byk2...