√ Jom Makan Kari Kambing 40 Hari Yong Peng - Adarain

Jom Makan Kari Kambing 40 Hari Yong Peng

Sebut Kari Kambing 40 Hari mesti korang dah tau kan kedai ini penah viral satu ketika dulu dan mula lah ramai orang dari seluruh pelusuk semenanjung Malaysia datang try makan kat sini..


Dan sampai sekarang masih lagi ramai orang datang makan kat sini bukan sahaja keluarga tapi mat rider pun boleh tahan ramai makan kat sini.. 

Kenapa Nama Kari Kambing 40 Hari?


Aku pun tak tahu sebenarnya tapi menurut sumber tidak sahih dari rakan sendiri adalah kambingnya yang lembut telah diperap selama 40 hari.. Sebab tu lah daging kambingnya lembut..Tak sure betul ke tidak..

Jom Makan Kari Kambing 40 Hari Yong Peng
berhadapan dengan kedai> Penuh parking moto. 

Aku pun kebetulan baru bercuti dari Johor bahru sempena tahun baru, otw nak ke kl dah pasang niat nak singgah makan kat kedai ini..

Jom Makan Kari Kambing 40 Hari Yong Peng
penuh moto mat rider. hehe. 

Sentiasa Penuh kedai ni..


Bila dah sampai dia punya ramai orang tu memang tak boleh bawa bincang.. sangat padat.. dan order makan kena beratur panjang. Nasib beratur panjang tu tak lama.. kira management ni laju juga buat kerja.. kalau panjang sampai luar kedai mau nak 15 minit lebih baru dapat makan.. macam kes aku dapat 5-6 mint dah dapat makan.. 

Nak beratur sini ada 3 line.. 

  1. line pertama untuk customer yang nak take way (membungkus) 
  2. line kedua customer yang makan kat sini.. 
  3. line ketiga customer yang nak makan dulang

kat sini ada Ayam dan Kambing.. Ak apa lagi pilihlah kambing.. takkan nak pilih ayam pula kan.

dah sampai kaunter tu terus je ambil satu pinggan nasi arab dengan kambing. sebab dorang dah prepare siap2x sepinggan jenis ayam dan kambing. Korang tinggal ambil je dan pergi ke kaunter air dan bayar.. bayar kemudian pun tak apa.. jangan lupa pula nak bayar.. 

Nasi Arab sedap dan Kambing lembut


betulla orang kata daging kambing ni memang lembut cumanya tak adalah lembut sangat.. sebab aku ada pernah try daging kambing yang teramatlah lembut bila makan.. 

Mungkin sebab kedai ini ramai sangat orang jadi kedai masak semampu selembut yang boleh..

Jom Makan Kari Kambing 40 Hari Yong Peng
kari Kambing untuk 2 orang.. 

Nasi arab kedai ini sedap dan kuah kari kambingnya pun sedap manis.. 

Harga untuk 2 orang makan Nasi Arab (beriyani) Kambing hanya RM28 sahaja. Harga sudah termasuk air iaitu air teh o ais dan air jagung ais. Puas hati makan makan ni pun dah kenyang. Potion agak besar.. tak taulah perut korang macam mana kan.

Memang berbaloi datang walaupun terpaksa bersesak nak makan sini.. bagi 4/5 bintang untuk kedai ini.. Semoga terus maju jaya.. will repeat tapi bukan waktu yang terdekat la memandangkan tempat yang jauh.  

Lokasi korang google maps je tempat ni comfirm sampai.. betul-betul sebelah highway. 

Get notifications from this blog

1 comment