√ The Queen Gambit Kisah Pemain Catur di Netflix - Adarain

The Queen Gambit Kisah Pemain Catur di Netflix

Queen Gambit adalah salah satu limited series yang dikeluarkan Netflix. Netflix limited series bermaksud jalan cerita utama yang tamat dalam 4 hingga 10 episod. Dan kebiasaan limited series ini tidak akan ada kesinambungan ke season 2. Ini bermakna drama ini tamat tanpa tergantung ceritanya. 


Gaya Oemain Catur


Sinopsis:


Queen Gambit merupakan adaptasi novel mengisahkan seorang anak yatim bernama Beth Harmon yang mengidamkan menjadi juara dunia dalam catur.


Berikut adalah perkongsian dari Muhammad Zaimi Zakarian berkenaan dengan drama ini. 


Anda tak perlu faham chess untuk enjoy cerita ini. Pada permulaan cerita aku agak skeptikal untuk meonton filem ini kerana aku tak minat catur dan aku anggap cerita ini mesti membosankan. Tapi tanggapan aku salah cerita ini sangat best untuk ditonton.


Disini saya senaraikan kenapa  filem ini sangat best untuk ditonton


1. Cara pengarah menyusun jalan cerita yang membuatkan penonton ketagih untuk menonton lagi dan lebih lagi.


2. Pengarah bijak untuk membuatkan suasana mendebarkan ibarat kita sendiri berada di dalam kawasan pertandingan


3. Lakonan mantap bukan sahaja dari Anya Taylor, tetapi pelakon pembantu yang lain yang begitu hidup dana mempunyai chemistry antara satu sama lain. Ditambah dengan ekspresi tanpa perasaan dari Beth Harmon menjadikan filem ini sekali ganda lebih menarik untuk ditonton


4. Pembinaan watak Beth Harmon yang mantap dari beliau kecil hingga remaja. Tumpuan diberikan tentang kisah susah senang di sebalik bijaknya beliau bermain catur


5. Bertemakan tahun 50an-60an Queen Gambit mengetengahkan isu sosial ketika itu tentang perbezaan warna kulit dan isu woman stereotype. 


Dengan lima sebab diatas, kalau nak rate keseluruhan saya boleh bagi 9 dari 10 bintang 


Trivia untuk filem ini


-Tajuk Queen Gambit di ambil dari gerakan opening dari perlawanan akhir,


-Tontonilah secepat mungkin di Netflix


- Macam aku sendiri yang tak pandai main catur pun boleh suka dengan cerita ini. 

Get notifications from this blog