PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.
Manakala di Sabah pula, PKPB akan dilaksana di seluruh negeri tersebut berkuatkuasa 12.01 tengah malam 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020. Sumber sah dari Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri B Yaakob
Aktiviti yang dilarang sempena PKPB
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
Info setakat ini adalah
- Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
- Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
- Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
- Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah DITUTUP.
- Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.
Sama-sama kita bendung dan patuh SOP |