√ Drama Sweet Tooth Papar Kelahiran Hybrid di Netflix - Adarain

Drama Sweet Tooth Papar Kelahiran Hybrid di Netflix

Sweet Tooth merupakan drama fantasi bersiri baru dari Netflix . Hanya mempunya 8 episod sahaja untuk season yang pertama.. Apa yang menariknya drama ini adalah kelahiran hybrid dan penyebaran virus yang menyebabkan ramai orang mati akibat virus tersebut.


Sinopsis Sweet Tooth


Sepuluh tahun yang lalu, Virus "The Great Crumble" telah membunuh banyak orang di dunia dan menyebabkan kemunculan misteri bayi hybrid yang dilahirkan sebagai separuh manusia dan separuh lagi haiwan. 


Tidak pasti jika kacukan adalah penyebab atau akibat virus, banyak manusia takut dan memburu mereka iaitu bayi hybrid. Salah seorangnya adalah Gus yang merupakan kacukan setengah rusa yang tinggal di padang gurun bersama ayahnya.


Sumber gambar dari Twitter Netflix Malaysia

Namun ayahnya meninggal dunia akibat virus ketika Gus berusia sembilan tahun. Gus menemui sebuah kotak dengan apa yang dia percayai adalah gambar ibunya di dalamnya dikuburkan oleh bapanya di bawah sebatang pokok dengan tulisan Colorado di atasnya. 


Setahun selepas kematian ayahnya, Gus membakar api rumahnya sebelum memutuskan untuk pergi mencari ibunya. Kebakaran tersebut telah menyebabkan tempat Gus terdedah kepada orang ramai yang sedang memburu hybrid. 


Dalam perjalanan Gus mencari ibunya banyak halangan dan benda baru yang harus diterokai memandangkan Gus tak pernah keluar dari hutan selama 9 tahun. 


Best ke Tak Sweet Tooth?


serius cerita ni memang sangat dan tak rasa bosan pun. even pada mulanya tgk trailer macam bosan je tapi sekali bila tengok tu rasa macam nak tengok episod seterusnya.. sbb ada suspend.. 


Cerita fantasi pastu dengan budak Gus yang comel ada tanduk kat kepala..dengan perangainya yang nak tahu sangat2x dunia luar dan berani untuk cuba benda baru. kira budak ni hyper la. Itu baru Gus, tu belum jumpa budak lain macam separuh babi pun ada tpi memang comel habis. haha


Gus jumpa mmber baru


Storyline pula smooth cantik takde rasa part yang membosankan, adventure dorang pun best dan chemistry lakonan dorang pun sangat nice. Setiap babak walaupun berlainan tempat still the best.. Cuma yang menyakitkan hati cerita ni bersambung.. kena tnggu season 2. haha


Get notifications from this blog

2 comments