√ Pengalaman Temu Janji Cucuk Vaksin AstraZeneca - Adarain

Pengalaman Temu Janji Cucuk Vaksin AstraZeneca

Vaksin telah dibuka pada orang awam secara tempahan siapa cepat dia dapat. Masa tempahan pertama saya telah berjaya membuat tempahan untuk vaksin Astrazeneca pada bulan Mei bertempat Dewan Gemilang UKM. 


Antara faktor yang menyebabkan vaksin ini diberikan kepada orang awam secara sukarelah adalah: kebimbangan masyarakat Malaysia yang menolak dan takot dengan isu pembekuan darah terjadi.

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata tindakan itu diambil selepas menimbangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat ketika ini terhadap tahap keselamatan vaksin berkenaan yang sebelum ini dikaitkan dengan insiden pembekuan darah yang jarang berlaku di beberapa negara.


Benda ini satu perkara yang baik sebab ada ramai rakyat lagi yang sanggup vaksin secara sukarela dan kalau boleh lagi cepat lagi bagus.  


Pengalaman Temu Janji Cucuk Vaksin AstraZeneca


Tarikh appointment masa tu 22 Mei 2021 pada pkul 11 pagi. Masa datang tu awal skit dalam pukul 9.30 pgi sebab mmber punya appointment pukul 10 pagi. Dan masa parking tak penuh pun masih banyak parking kosong. 

Pengalaman Temu Janji Cucuk Vaksin AstraZeneca
Parking Dewan Gemilang UKM


Masa sampai tu nanti kena scan qr code macam biasa dan petugas sana nanti bagi borang untuk kita jawab. Kira macam borang aku janji. Tanda je mana yang petugas suruh tanda dan cari tempat duduk untuk kita masuk dewan mengikut  masa kita.  

Time nak menunggu pula ada masalah server down pula mmg berpeluh habislah nasib ada kerusi boleh duduk. server down lebih kurang pkul 10.00 pgi baru server ok. 

Tempat duduk disediakan sementara menunggu


Nasib baik petugas buat kerja dengan baik masa tunggu turn takdelah lama sangat tunggu. Masa vaksin tu dalam 20-30minit je dah siap. 

Masuk dewan scan qr lagi. nanti dia bagi kertas kecil dan double check borang kita semua. Then jumpa doktor tanya ada masalah kesihatan ke and adalah bagi nasihat sikit.. kalau takde pape dah boleh gerak tempat cucuk vaksin pula. baru nak duduk dah terus panggil vaksin. Nampak tak. laju tak laju nak cucuk vaksin. hahaha tak sempat nak merasa berdebar tu dah kena cucuk. 

Keadaan dalam dewan


Masa nak cucuk tu pula takde rasa sakit pun sbb dah kebas skit kan.. cuma pembantu doktor macam moody penat sangat kot. Membe pula dapat doktor yang happy go lucky. 

Lepas dah cucuk kena tunggu 15-30 minit. Dah habis tempoh tu nanti dr ada bagi sedikit pesanan semua then dah boleh terus balik. Kalau nak bergambar pun boleh. 

Sangat efficient, dari briefing, registration, consent, injection and monitoring. Kudos to the team for working hard to ensure the smoothness of the process.

Side Effect Lepas Cucuk Vaksin AstraZeneca


So far, dalam masa 48 jam badan rasa demam sejuk.. Tapi dah makan panadol siap-siap jadi tak demam sangat kemudian lepas 48 jam tu tetiba jadi lapar giler. Memang melantak lah makan. Dalam 1-2 hari tu asyik lapar lah. haha. Then semua back to normal. Side effect ni lebih kurang sama macam Vaksin Influenza yang biasa orang cucuk pergi umrah/haji. 

Dr ada nasihat kalau demam berpanjangan sampai 3-5hari, tetiba gatal semacam ke alahan pegilah refer kat hospital yang terdekat dorang boleh handle kes macam ni. Dr boleh selamatkan dengan ubat yang besesuaian. Dia jadi meninggal dunia kes luar negara atas sebab dia tak terus pergi hospital. Lambat dapat rawatan gitulah jadinya. 

Tau korang masih lagi macam takut or was-was nak ambil vaksin lagi2x orang tua kita. Tapi sampai bila nak pkp semua.. Vaksin je lah last choice untuk kita elak covid-19 berleluasa lagi teruk. Niat kita ambil vaksin adalah untuk menjauhi penyakit selebihnya kita tawakal. 

Orang duk sebut pasal kesan sampingan darah beku kaitan dengan astrazeneca ni. Hasil kajian dan laporan di UK, memang jelas ia sangat rare berbanding manfaat vaksin. Sedangkan risiko darah beku kalau kena COVID-19 berkali-kali ganda jauh lebih tinggi.

Astrazeneca boleh cegah kes covid teruk yang mengurangkan risiko seseorang masuk hospital , icu dan dimasukkan tiub pernafasan. Ambillah vaksin. Ajak ahli keluarga dan kawan-kawan sekali. Rujuk kepada pakar dalam bidang ini, bukan sumber yang tidak diketahui sumbernya.
Pengalaman Temu Janji Cucuk Vaksin AstraZeneca
Info tentang Vaksin Astrazeneca


Get notifications from this blog

2 comments

  1. nice la info. kalau parents takde smartphone, nak scan macam mana eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak organisasi vaksin kata,, just bg no ic je nanti kalau takde smartphone nak scan.

      Delete