Movie Hoppers Kisah Memerang Diancam Pembangunan Manusia

Movie Hoppers dah ditayangkan kat Malaysia. Jadi masa hari raya kedua ke ketiga kalau tak silap ajak la adik-beradik tengok cerita ni. Dorang pun ok je nak tengok cerita ni. 

Sinopsis Movie Hoppers

Hoppers mengisahkan Mabel Tanaka, seorang gadis yang sangat mencintai alam semula jadi sejak kecil. Selepas neneknya meninggal dunia, Mabel terus menjaga kawasan hutan kecil yang menjadi habitat pelbagai haiwan, terutama memerang. Namun, keadaan menjadi tegang apabila datuk bandar Jerry Generazzo mahu menggantikan kawasan itu dengan sebuah lebuh raya.

Saintis memberi penerangan bagaimana Hoppers berfungsi


Dalam usahanya menyelamatkan hutan tersebut, Mabel menemui teknologi rahsia bernama Hoppers yang membolehkan kesedaran manusia masuk ke dalam haiwan robotik. Mabel kemudian menggunakan teknologi itu untuk menjadi seekor memerang robot dan mendekati haiwan-haiwan di kawasan tersebut.

Sepanjang pengembaraannya, Mabel mengetahui bahawa haiwan-haiwan itu sebenarnya sedang diancam oleh rancangan manusia yang mahu menghalau mereka dari habitat asal. Keadaan menjadi semakin rumit apabila berlaku konflik besar antara manusia dan haiwan, termasuk rancangan jahat yang boleh membahayakan kedua-dua pihak.

Akhirnya, Mabel sedar bahawa kemarahan sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan masalah. Dengan keberanian dan kerjasama, dia berusaha melindungi hutan, menyelamatkan haiwan, dan memperbaiki hubungannya dengan Jerry. 

Kenapa Kena Tengok Movie Hoppers?

Kisah ini menampilkan gabungan elemen pengembaraan, persahabatan, teknologi dan kepentingan menjaga alam semula jadi.

Salah satu sebab Hoppers menarik perhatian ramai ialah kerana ia tampil dengan konsep yang berbeza daripada filem animasi biasa. Pixar menggambarkan filem ini sebagai kisah tentang peluang untuk “bercakap” dengan haiwan melalui teknologi canggih, lalu membuka jalan kepada pengembaraan yang lucu, pelik dan penuh kejutan.

comel


Banyak babak yang lucu yang bukan sahaja melibatkan memerang sahaja tapi haiwan lain juga berjaya menghidupkan suasana lucu. Momen yang boleh kata akan diingati sampai bila-bila selepas tengok cerita ini. Ada juga kejutan yang menarik tapi penuh lucu. Kira tak expect ada kemunculan lain yang diluar jangkaan. 

Kesimpulan 

Secara keseluruhannya, Hoppers ialah pilihan menarik untuk korang yang mencari filem animasi terbaru di pawagam. Dengan jalan cerita yang unik, watak haiwan yang mencuit hati, unsur komedi serta mesej tentang hubungan manusia dan alam, filem ini sesuai dijadikan tontonan hujung minggu bersama keluarga atau kawan-kawan. Kalau korang sukakan filem Pixar yang ringan tetapi tetap ada jiwa dan emosi, Hoppers memang patut masuk dalam senarai tontonan korang. 

Rating 9/10 ⭐

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form