Radioactive Emergency Netflix: Kisah Benar Tragedi Radiasi di Brazil
Bagi peminat drama bersiri yang berasaskan kisah benar, Radioactive Emergency ialah antara siri Netflix yang patut korang pergi tengok. Drama dari Brazil ini mula ditayangkan pada 18 Mac 2026 dan hadir demham 5 episod sahaja dan menjadikannya sesuai untuk ditonton secara marathon dalam masa singkat.
Netflix menggambarkan siri ini sebagai drama tentang ahli fizik dan doktor yang berlumba untuk membendung bencana radiologi besar serta menyelamatkan ribuan nyawa.
![]() |
| Hero iaitu Marcio yang alert jumpa alat radoterapi yang berbahaya |
Apa yang menjadikan Radioactive Emergency berbeza daripada drama bencana biasa ialah latarnya yang berpunca daripada kisah benar. Drama ini diinspirasikan oleh tragedi Goiânia 1987 di Brazil, apabila satu alat radioterapi yang ditinggalkan di klinik terbiar telah dibuka, lalu menyebabkan bahan radioaktif merebak kepada orang awam tanpa mereka sedari bahaya bahan tersebut. Peristiwa sebenar itu kemudian menjadi salah satu kemalangan radiologi paling serius di dunia.
Sinopsis ringkas Radioactive Emergency
Tragedi mula terjadi apabila dua orang rakan mencari besi buruk untuk dijual lalu terjumpa satu klinik terbiar dalam pada masa yang sama dorang terjumpa satu alat besi buruk tanpa dorang sedari itu adalah alat yang paling berbahaya. Lalu dorang ni bawa balik alat tersebut dan buka alat kemudian jual kepada kedai besi buruk.
Owner kedai besi buruk ni pula bawa balik alat tersebut dan di dalam alat tersebut mengandungi Cesium-137 iaitu sejenis bahan radioaktif hasil pembelahan nuklear yang sangat bahaya.
Satu keluarga bermain dengan serbuk tersebut kerana tertarik dengan hasil pancaran warnaya yang biru apabila berada dalam gelap.
Bertambah buruk apabila beberapa hari kemudian keluarga ini termasuklah isteri owner ni kerap sakit dan pening kepala mengadu kepada suaminya selaku owner kedai besi buruk namun tidak dilayan terus isterinya tanpa syak alat ini yang menjadi punca satu keluarga dorang ni jadi sakit. Then isteri ni bawa la alat ini ke klinik untuk siasat apa yang ada kat alat ini.
Mula-mula tak dilayan tapi setelah berkali-kali paksa barulah Dr ni mengambil inisiatif untuk call pakar berkenaan dengan alat tersebut.
Apabila pakar tersebut sampai maka panik mula terpancar sebab alat pengesan radiator mengesan bahan radiaktif yang sangat tinggi kepada alat tersebut.
Dari situ, doktor, saintis dan pihak berkuasa perlu bertindak pantas untuk mengesan pencemaran, merawat mangsa, dan menghalang krisis daripada menjadi lebih buruk.
Kesimpulan : Berbaloi tonton atau tidak?
Secara keseluruhannya, Radioactive Emergency memang berbaloi ditonton bagi sesiapa yang suka drama berdasarkan peristiwa sebenar. Walaupun temanya agak berat dan emosional, Drama ini berjaya memberi pengalaman tontonan yang tegang, bermakna dan membuka mata kepada semua pihak. Disebabkan ia hanya mempunyai 5 episod, ia juga sesuai untuk mereka yang mahu menonton siri pendek tetapi padat dengan jalan cerita yang menarik.
Rating: 8/10⭐
