Pengalaman paling tak best bila malam raya yang tak pernah lagi berlaku sepanjang hidup bila rumah blackout. Biasanya kalau nak raya ni mesti takde air kadang air slow la tapi kali ni elektrrik plak takde semalaman..air pula ada. mungkin tak ramai balik kampung jadi air mungkin mencukupi.
Time Malam Raya Pula Rumah Blackout
Bayangkan elektrik tak ada pkul 10.30mlm sampailah esoknya pkul 11.15pagi macam tu. Pagi raya lah bau ada elektrik tu pun dah lebih pkul 11 pagi..
Mau nak berkicap tidur malam masa tu. dengan takde elektriknya, bergelap lagi, powerbank pun lupa nak charge, ada pun dah separuh, tido pun berpeloh.. sebab panas buka tingkap ada lah sejuk skit nasib belakang ni hutan kelapa sawit. Tapi still berpeluh dan tak dapat nak tidur juga.
Aduan Sudah Buat Dengan Pelbagai Saluran
Aduan kat Tnb dah buat melalui Panggilaan 15454. katanya Tnb ambil maklum dan mungkin mengambil masa 2 -3 jam untuk settle masalah ini. Bila dah 3 jam tunggu macam tu kita pun follow up balik semua tetiba kata sistem dah kembali pulih macam biasa masalahnya rumah saya elektrik lagi macam mana boleh kata putih.. dengan tak nampaknya tnb datang rumah pun takkan pergi pencawang elektrik je..
![]() |
| fius meter depan rumah tak berfungsi |
Sebab saya rasa masa awal-awal beranggapan fius rumah saya poblem mungkin overload jadi problemnya kat rumah saya.. makanya, tnb kena datang tengok rumah fius utama rumah yang mana meter pun tak hidup. Tapi sampai ke sudah tak datang umah check malam tu.. datangnya pkul 11pagi esoknya.
Pagi raya masa tu memang takde mood terus. Solat raya pun tak pergi sebab nak settlekan masalah elektrik.
Aduan boleh kata 4-5 aduan melalui panggilan telefon, 1 aduan melalui twitter dan 1 aduan lagi melalui e-mail. Banyak saluran aduan dah buat tapi tu la ingat cepat siap sekali lebih 13 jam terpaksa hadap takde elektrik
Bila pasukan teknikal datang masa tu dia check meter semua then dia ganti fius meter baru. Barulah elektrik kembali berfungsi. Jadi, masalah overload elektrik tu memang betul la tanggapan saya yang menyebabkan elektrik terputus.
TNB Pun Sibuk Terima Pelbagai Aduan
Faham mungkin malam tu Tnb busy dengan banyak aduan kt semenanjung tapi tu lah bila follow up kata sistem dah pulih sampai 2 kali tapi rumah still takde elektrik mana tak anginnya. Dengan tak datang umahnya. mungkin dorang check kat pencawang je kot takpun suis utama kat tempat lain..
Tapi apa-apa pun syukur semua dah selesai. Terima kasih kepada TNB yang tak putus-putus menjawab segala persoalan dengan penuh profesional. Salute kat dorang. Semoga dipermudahkan urusan TNB pada masa akan datang.
Hopefully, rumah black out tak kira la time raya ke atau bila-bila ke, tak berulang lagi takpun tak ambil masa yang terlalu lama untuk elektrik berfungsi seperti biasa.
