Tak expect pun nak pergi kat sini sebenarnya tapi ada member nak datang KL katanya nak jalan-jalan kat sini sambil healing. Jadi saya ajak lah pergi sini iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad kat Dataran Merdeka.
Gambar bawah adalah pemandangan dari hadapan Dataran Merdeka.
![]() |
| Bangunan yang baru siap renovate. Diberi nafas baru dan dibuka untuk orang awam |
Apa yang Menarik Kat Bangunan Sultan Abdul Samad?
Saya pun sebenarnya first time datang sini jadi alang-alang ajak la membernya datang kat sini.. antara tempat famous dalam muzik video raya Aisyah Retno dengan lagu Jodoh Lebaran.
![]() |
| Perkarangan bangunan Sultan Samad |
Parking kat bawah dataran merdeka kemudian naik tangga lintas jalan menuju ke Bangunan Sultan Abdul Samad.
Kalau nak masuk percuma untuk rakyat Malaysia buat masa ini kalau warga negara luar kena bayar tak silap dalam RM40 macam tu. Kena dapatkan tiket dulu baru boleh tengok pameran kat dalam bangunan ini.
Setiap pameran tu kita kena tunjuk tiket kita sebab ada qr code untuk dorang scan nanti baru bolehlah masuk.
Terdapat empat (4) dewan utama yang boleh korang terokai di dalam galeri ini:
- Confluence Hall (Balai Pertemuan): Menceritakan sejarah Kuala Lumpur daripada sebuah penempatan perlombongan timah kecil sehingga menjadi ibu negara yang pesat.
- Visionary Hall (Balai Gagasan): Menampilkan model skala bangunan pencakar langit ikonik di KL dan bagaimana bandar ini dirancang secara urban.
- Harmony Hall (Balai Harmoni): Ruang yang meraikan kepelbagaian warisan, budaya, dan komuniti yang membentuk identiti Malaysia.
- Hikayat Chamber (Balai Hikayat): Memperkenalkan flora dan fauna ikonik Malaysia, termasuk "Pak Utan" sebagai pemandu pelancong anda di sini.
![]() |
| Robot Orang Utan bergerak sambil bercerita tentang flora dan fauna |
Kemudian ada hall visionary Hall yang menunjukkan keseluruhan bandar Kuala Lumpr.
![]() |
| sangat cantik dorang buat |
![]() |
| mini kl |
Kalau nak datang sini waktu operasinya adalah:
- Masa: 9 pagi hingga 6 petang.
- Hari: Setiap hari (Harian).
Kesimpulan Bangunan Sultan Abdul Samad
Nasib baik percuma kalau berbayar rasa macam tak berbaloi sebabnya pemeran bangunan ni terlalu simple takde faktor wow untuk kita stay lama kat dalam hall tersebut. Sekadar info berkenaan dengan pelopor Kuala Lumpur, budaya melayu dan prop bangunan popular di Malaysia.
Ada satu pemeran yang menarik balai hikayat yang mana korang akan stay dalam gelap dan nanti ada cerita menarik dari Orang Utan dengan paparan visual menarik berkenaan dengan alam sekitar dan haiwan.
Bangunan pun baru renovate jadi memang sesuai lah kalau nak bergambar untuk buat kenangan.
Ada tandas dan surau dorang sediakan. Memang bersih dan wangi.
Ada banyak lagi gambar yang menarik tapi ini antara gambar yang share untuk korang tengok. Kalau nak tengok lebih better korang pergi lah sana nanti. Dah penat berjalan ada cafe berdekatan dalam bangunan tersebut. Tapi kitorang tak makan pun kat situ just tengok kedai makanan dorang macam mana pastu makan kat luar.




