Lama tak rasa kuih macam ni.. bila makan tu memang terasa lah kesedapannya tu, tak terlampau kalau kata tu rasa kayangan..
Sebenarnya tak expect pun nak beli kuih time dah habis raya kot.. mana ada orang beli kuih raya time bukan bulan raya kan... tapi tetiba tengah layan tiktok keluar video pasal kuih Havenbakes jadi teringin nak try makan biskut dorang macam mana sebab katanya premium dan cair dimulut.. lain macam marketing dorang.
Jadi saya pun beli lah. tengok kat Tiktok tapi beli kat Shopee.. haha
Akhirnya, barang pun dah sampai.. ini antara gambar yang saya order.
![]() |
| Dark Salted Caramel |
![]() |
| Isi dalam biskut Dark Salted Caramel |
![]() |
| beginilah rupanya |
Kemudian biskut raya kedua adalah Pictashio White Chocolate.
Yang ketiga adalah biskut Crunchy Biscoff
![]() |
| Pictashio White Chocolate. |
Yang ketiga adalah biskut Crunchy Biscoff
![]() |
| Crunchy Biscoff |
Dorang punya packaging untuk hantar ni memang on top bukan sekadar bubble wrap siap letak dalam kotak lagi. kotak pun memang tebal... jadi bila sampai kuih tu tak hancur lah.. kira sama dapat yang kita order. biskut terletak elok kejadiannya. gitu..
Packaging dorang pun boleh buat sebagai hadiah untuk orang lain.. orang kata door gift
Review Rasa Biskut Havenbakes
Antara tiga-tiga kuih tu ada dua memang feveret saya iaitu Dark Salted Caramel dan Crunchy Biscoff. Yang lagi satu pistachio white chocolate tu bukan tak sedap.. sedap je cuma saya memang tak berapa gemar dengan mana-mana white chocolate mungkin sebab cepat muak.
Biskut dorang nampak memang jenis kuih premium mungkin sebab dorang guna butter berkualiti dengan filling or flavour yang rich macam biscoff, Pistachio dengan salted caramel.
Rasa pula memang berlemak wangi pula kuihnya takde rasa macam makan tepung kosong. Macam makan kuih jenis premium punya.
Kemudian bila makan tu memang cair terus tak melekit2x dalam mulut sebab tekstur kuih dorang jenis crumbly atau rapuh..
Kesimpulan tentang Biskut Havenbakes
Boleh kata memang berpuas hati dengan rasa biskut Havenbakes. Harga pun memang kena pejam mata skit sesuailah dengan biskut rasa premium.
Bila dah makan tu memang tak boleh nak stop asyik nak mengunyah je biskut.. nampak tak betapa sedapnya biskut ni.
Walaupun kurang guna telor tapi tetap menjadikan biskut ini nampak menyelerakan. Tekstur yang sedap, crunchy dan penuh dengan rasa butter. Nampaklah, kualiti bahan dalam biskut memainkan peranan yang besar kalau nak hasilkan kuih yang sangat sedap.
Secara keseluruhan, Havenbakes memang berbaloi untuk korang beli sebabnya rasa dia bukan sekadar kuih biasa tapi kuih penuh dengan rasa tersendiri yang premium dan packaging dorang yang eksklusif seperti pilihan VVIP




