Showing posts with label Etika penulisan yang baik. Show all posts
Showing posts with label Etika penulisan yang baik. Show all posts

Sunday, 4 May 2014

Etika Penulisan Yang Terbaik Di Blog

Di sini saya akan cuba memberikan sedikit panduan kepada anda berkenaan dengan etika penulisan di blog mengikut pandangan saya.



Etika Penulisan Di Blog


Berikut adalah beberapa etika penulisan di blog:


1) Dalam penulisan jangan terlalu short form sangat macam SMS. Elakkan menggunakan perkataan short form dan gunakan perkataan penuh bagi memudahkan pembaca lebih memahami.




Menulis dalam perkataan positif. Oleh kerana minda kita lebih mudah hadam ayat yang baik-baik. Contoh: Negatif: Jangan menulis menggunakan bahasa SMS. Positif: Menulis menggunakan bahasa Melayu penuh agar pembaca lebih mudah hadam dan faham apa yang kita tulis. - Danial Abdul Rahim



[caption id="attachment_2086" align="aligncenter" width="700"]Etika Penulisan Yang Terbaik Di Blog sumber gambar dari http://www.tenpennydreams.com/[/caption]

2) Gunakan bahasa yang baik dan jangan menggunakan perkataan buruk seperti ini 'bodoh' ,'babi' dan sebagainya.


3) Berkongsilah perkara yang baik. Perkara yang baik di sini bermaksud anda berkongsi petua, pengalaman anda, tip-tip dan banyak lagi yang mungkin berguna untuk rakan-rakan blog.


3) Jangan copy-paste bulat-bulat entry orang lain melainkan setelah mendapat keizinan tuan empunya entry. Kemudian, gambar kreditkan dari mana gambar anda ambil melainkan itu gambar anda. Seperti contoh: Gambar sumber dari google.com atau 'Url blog @ web'.


4) Jangan menulis perkara yang berunsurkan seks begitu juga dengan gambar yang tidak senonoh. Dan kalau boleh jangan dedahkan aurat anda ataupun aurat rakan anda terutamanya perempuan dengan memaparkan gambar di blog untuk tatapan umum.


5) Jika anda menulis berkenaan hadith dan Ayat al-Quran pastikan hadith itu diriwayatkan dari siapa? Adakah dari Imam Bukhari, Imam Muslim, Abu Hurairah dan banyak lagi. Pastikan hadith itu sohih. Ayat al-Quran pula nyatakan dari ayat berapa ke ayat berapa dan surah apa. Letak terjemahan sekali supaya senang pembaca untuk memahamkan ayat al-Quran. Seeloknya anda tidak meletakkan @ menaip ayat al-Quran bagi yang tidak pakar, takut anda tersalah tulis ayat al-Quran. Cukup sekadar terjemahan, ayat keberapa dan surah apa.


6) Jika anda menulis berkenaan dengan informasi atau fakta, pastikan dan periksa fakta yang anda kongsikan itu betul dan bukannya tipu. Seperti contoh fakta yang tidak betul berkenaan dengan puisi dayana kecoh diperhangatkan pada masa dulu yang dikongsikan rakan blogger yang lain dan sebaliknya fakta sebenar ialah ana hawana yang merupakan penulis puisi tersebut. Info yang tepat memudahkan pembaca untuk memahami dan berkeyakinan untuk datang lagi ke blog berulang kali.


7) Jangan sebarkan fitnah! Wujud dalam surah Al-Baqaroh, ayat 191 yang bermaksud "fitnah lebih kejam dari membunuh". Khususnya blogger yang memaparkan kisah artis dan juga politik ini. Sila rujuk no 6.


8) Sila patuhi Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia1998


Semoga entri etika penulisan ini dapat dimanfaatkan bersama-sama.